Saturday 13 March 2021

KENCING MANIS (Diabetes Mellitus Dan Diabetes Insipidus)

Kencing Manis adalah penyakit metabolik yang serius kerana ketidakupayaan membakar karbohidrat, protein dan lemak. Ia bertukar kepada kandungan gula yang tinggi di dalam darah.

Siapa Berpotensi Menghidap Kencing Manis?

Selalunya pertengahan umur, berat badan yang berlebihan dan keturunan. Kadar statistik menunjukkan wanita yang menghidap lebih tinggi daripada lelaki. Kanak-kanak juga berpotensi menghidap diabetes.

Tanda-tanda Kencing Manis
  • Kerap buang air kecil
  • Kehilangan berat badan
  • Lemah, selalu rasa gatal-gatal badan
  • Perubahan penglihatan menurun
  • Selalu rasa haus
  • Sakit kepala luar biasa
Penyebab Kencing Manis
   Kekurangan insulin untuk metabolisma serta mengatur gula dalam darah. Insulin dan protein dirembeskan daripada 'Islet Of Langerhans' sel yang terdapat dalam Kelenjar Pankreas. Sekiranya tubuh badan kekurangan zat kromium maka insulin tidak dapat dikeluarkan oleh Kelenjar Pankreas.

   Apabila tubuh kekurangan insulin, karbohidrat dan gula, ia tidak dapat melakukan proses metabolisma (penukaran zat) dengan baik. Maka berlaku limpahan gula dalam darah. Sekiranya penyakit ini bertambah kronik, air kencing mengandungi gula. Ini menunjukkan gula yang sepatutnya ditukar kepada tenaga tidak dapat berfungsi dengan baik serta tubuh menjadi lemah kerana tidak bertenaga. 

Perbezan Diabetes Mellitus dan Diabetes Insipidus:
  • Diabetes Mellitus (Hyperglycemia) - biasanya disebabkan oleh kelemahan kelenjar pankreas yang diwarisi daripada keturunan. Sekiranya tabiat pemakanannya mengandungi tahap gula dan karbohidrat yang tinggi, pankreas yang lemah akan mengeluarkan insulin yang sedikit untuk membakar kadar gula dan kanji yang banyak. Seseorang yang mempunyai tahap gula yang amat berlebihan dalam badan berpotensi diserang koma.
  • Diabetes Insipidus (Hypoglycemia) - disebabkan oleh lebihan pengeluaran hormon insulin serta kekurangan gula. kanji dalam darah serta gangguan kelenjar Pituitari yang disebabkan stress serta faktor genetik. Penyakit yang kronik boleh mengakibatkan insulin berlebihan akan keluar tanpa kehadiran gula dan kanji. Situasi seperti ini juga berpotensi pesakit akan koma. 
Pesakit Kencing Manis perlu mengelakkan diri daripada tekanan perasaan (stress) kerana ia akan merangsang aktiviti kelenjar adrenal di mana ia akan menigkatkan kadar gula dalam darah.

Friday 3 February 2017

10 SENARAI TANGGA TERATAS UBAT-UBATAN YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN BUAH PINGGANG

Ubat-ubatan, adakah ia selamat? Saya amat tertarik dengan sebuah artikel tentang ubat-ubatan yang boleh menjejaskan organ dalaman seseorang terutama buah pinggang. Sebenarnya sudah lama saya mendengar kesan ubat-ubatan yang diambil oleh pesakit boleh mejejaskan buah pinggang seseorang tetapi saya masih mencari kesahihan bukti tersebut. Artikel ini telah menyenaraikan 10 ubat-ubatan individu yang boleh menyebabkan kerosakan pinggang. Admin ini telah memilih dengan teliti senarai ubat-ubatan mengikut jenis ubat, antibiotik, analgesik dan lain-lain. (ref: http://healingbright.co/top-ten-drugs-that-cause-kidney-damage-please-share-for-information-2/)

Sepuluh ubat-ubatan yang  boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang:

1 Antibiotik
Termasuk ciprofloxacin, methicillin, vancomycin, sulfonamides.

2 Analgesik
Termasuk acetominophen dan ubat anti-radang (NSAID) bukan steroid: aspirin, ibuprofen, naproxen, dan lain-lain boleh didapati hanya dengan preskripsi.

COX-2 inhibitor
Termasuk celecoxib (jenama Celebrex). Dua ubat dalam kelas ini telah ditarik balik daripada pasaran kerana tahap ketoksikan kardiovaskular: rofecoxib (jenama Vioxx) dan valdecoxib (jenama Bextra). Ubat-ubatan ini adalah kelas khas NSAID yang dibangunkan untuk menjadi lebih selamat untuk perut,  tetapi tetap memberi risiko kerosakan buah pinggang sama  seperti lain-lain NSAID.

Heartburn drugs of the proton pump inhibitor class
Termasuklah omeprazole (jenama Prilosec), lansoprazole (Prevacid nama jenama), pantoprazole (Protonix nama jenama), Rabeprazol ( jenama Rabecid, Aciphex), esomeprazole (jenama Nexium, Esotrex) .

Ubat antiviral
Termasuk Acyclovir (jenama Zovirax) yang digunakan untuk merawat jangkitan herpes, dan Indinavir dan tenofovir, kedua-duanya digunakan untuk merawat pesakit HIV.

Ubat tekanan darah tinggi
Termasuk captopril (jenama Capoten).

Ubat Rheumatoid  arthritis
Termasuk infliximab (jenama Remicade); chloroquine dan hydroxychloroquine,  juga digunakan untuk merawat pesakit  malaria dan sistemik lupus eritematosus serta artritis reumatoid.

Lithium 
Digunakan untuk merawat gangguan bipolar.

Antikonvulsan
Termasuk phenytoin (jenama Dilantin) dan trimethadione (jenama Tridione), yang digunakan untuk merawat sawan dan syarat lain-lain.

10 Ubat kemoterapi
Termasuklah Interferon, pamidronate, cisplatin, carboplatin, cyclosporine, tacrolimus, kuinina, mitomycin C, bevacizumab; dan ubat-ubatan anti-tiroid,  propylthiouracil  digunakan untuk merawat tiroid yang sangat aktif.


Anda boleh mencari banyak maklumat ubat-ubatan yang dipreskripsi di laman sesawang internet. Maklumat setiap jenis ubat akan diperolehi dalam 10 hingga 30 muka surat panjangnya. Termasuklah langkah berjaga-jaga dengan terperinci, amaran dan kesan buruk setiap jenis ubat.

Untuk mencarinya,  lakukan carian  nama ubat anda.  Cari laman sesawang yang disediakan oleh pengeluar. Dalam kebanyakan kes , ia hanya jenama ubat dengan ".com" ditambah. Kemudian cari pautan ke "menetapkan maklumat" dan klik padanya.

Untuk ubat 'over-the-counter', pastikan mematuhi langkah berjaga-jaga yang ada pada label. Pastikan doktor anda mengetahui dan dimaklumkan apa yang anda ambil, terutamanya jika anda mempunyai risiko tinggi untuk penyakit buah pinggang  atau  masalah kesihatan yang lain.

Secara kesimpulannya, bagi saya jika pengambilan dos ubat-ubatan dalam  keadaan yang terkawal, mematuhi cara pengambilan ubat-ubatan,  mengikut arahan doktor yang diberi, jujur pada diri sendiri dan tidak menyembunyikan maklumat yang  pada pandangan doktor adalah penting maka masalah kerosakan buah pinggang tidak akan berlaku. Tetapi selain daripada mengharapkan ubat-ubatan komersil untuk penyembuhan diri, pemakanan semulajadi yang sihat adalah sangat penting! Jika pemakanan semulajadi yang sihat diamalkan selalu maka tidak perlulah kita terus bergantung harap dengan ubat-ubatan.

Wednesday 1 February 2017

Penawar Penyakit Dalam Ilmu Perubatan Semulajadi

Berikut adalah herba-herba yang sesuai untuk “penawar” penyakit:

1) Darah tinggi (High blood pressure)
  • Bawang putih (garlic), jus limau suam (warm lemon juice), Pisang (banana), tembikai (watermelon), daun rerama (butterfly leaf plant).


2) Sakit kepala (Migraine):
  • Halia dan limau (ginger with lemon).


3) Demam (fever): 
  • Jus limau (lemon juice), halia (ginger).


4) Kanser (Cancer):
  • Daun ganja (marijuana), Halia (ginger), bawang putih (garlic), Daun semambu (neem leaves), daun rerama (butterfly leaf plant).


5) Sakit mata (eye problem): 
  • Kurma (dates) ,Lobak merah (carrot).


6) Cirit-birit (Diarrhea): 
  • Bawang putih (Garlic).


7) Gastrick: 
  • Air kelapa (coconut water), Kurma (dates).


8) Asthma: 
  • Pisang (banana), bawang putih (garlic), daun rerama (butterfly leaf plant).


9) Alzheimer: 
  • Minyak kelapa (Coconut oil).


10) Batuk (Cough): 
  • Jus nenas (pineapple juice), Bawang putih (garlic).


11) Gout: 
  • jus nenas (pineapple juice), daun rerama (butterfly leaf plant).


12) Sakit jantung (heart disease): 
  • Lobak merah (carrot).


13) Sakit perut (stomach ache): 
  • Bawang putih (garlic), halia (ginger).

Tuesday 1 November 2016

HERBA DAN PENYAKIT

Berikut adalah herba-herba yang sesuai untuk “penawar” penyakit:

1) *Darah tinggi (High blood pressure)*:

  • Bawang putih (garlic), jus limau suam (warm lemon juice), Pisang (banana), tembikai (watermelon), daun rerama (butterfly leaf plant).


2) *Sakit kepala (Migraine)*:

  • Halia dan limau (ginger with lemon).


3) *Demam (fever)*:

  • Jus limau (lemon juice), halia (ginger).


4) *Kanser (Cancer)*:

  • Daun ganja (marijuana), Halia (ginger), bawang putih (garlic), Daun semambu (neem leaves), daun rerama (butterfly leaf plant).


5) *Sakit mata (eye problem)*:

  • Kurma (dates) ,Lobak merah (carrot).


6) *Ceret-beret (Diarrhea)*:

  • Bawang putih (Garlic).


7) Gastrick:

  • Air kelapa (coconut water), Kurma (dates).


8) *Asthma (ampus)*:

  • Pisang (banana), bawang putih (garlic), daun rerama (butterfly leaf plant).


9) *Alzheimer*:

  • Minyak kelapa (Coconut oil).


10) *Batuk (Cough)*:

  • Jus nenas (pineapple juice), Bawang putih (garlic).


11) *Gout*: jus nenas (pineapple juice), daun rerama (butterfly leaf plant).

12) *Sakit jantung (heart disease)*: Lobak merah (carrot).

13) *Sakit perut (stomach ache)*: Bawang putih (garlic), halia (ginger).

14) *Kencing manis (Diabetes)*: Bawang putih (garlic), halia (ginger). Daun semambu (neem leaves), daun rerama

# Sesudah dibaca sila share dengan Kawan2 kita semua...Terima Kasih πŸ˜‰

Friday 14 October 2016

🍯TIPS Rawatan MADU KELULUT.


Selamat Mencuba!

πŸ‘‰GASTRIKπŸ‘ˆ
Dinasihatkan agar makan 2 sudu kecil madu kelulut sebelum sarapan, 2 sudu kecil sebelum makan tengahari dan dua sudu kecil sebelum tidur malam.

πŸ‘‰DEMAMπŸ‘ˆ
Ambil 2 sudu kecil madu kelulut dan campurkan dengan air putih diminum sebelum sarapan , sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari) .

πŸ‘‰KANSER USUSπŸ‘ˆ
Boleh disembuhkan dengan gunakan madu kelulut yang dimakan sebanyak 3 sudu kecil dengan air putih sebelum sarapan pagi, 1 sudu kecil dengan segelas air putih sebelum makan tengahari dan 2 sudu kecil madu kelulut dengan segelas air putih sebelum tidur malam.

πŸ‘‰CIRIT BIRITπŸ‘ˆ
Campurkan 2 sudu madu kelulut dengan barli dan teh hijau bersama segelas air putih diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam.

πŸ‘‰ANTIBIOTIKπŸ‘ˆ
1 sudu kecil madu kelulut dicampurkan bersama ½ sudu kecil jintan hitam dan diminum 3 kali sehari

πŸ‘‰BATUKπŸ‘ˆ
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu kecil madu kelulut. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari. Atau: 1 biji limau nipis + 1 sudu kecil madu kelulut. Limau nipis diperah dalam air madu kelulut. Minum 3 kali sehari

πŸ‘‰BIBIR PECAHπŸ‘ˆ
1 sudu kecil madu kelulutdi tempat bibir yang pecah

πŸ‘‰KENCING MANISπŸ‘ˆ
dinasihatkan agar makan 1 sudu kecil madu kelulutsebelum sarapan, 1 sudu kecil sebelum makan tengahari dan 1 sudu kecil sebelum tidur malam.

πŸ‘‰BENGKAK/BENJOLπŸ‘ˆ
1 sudu besar madu kelulut + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kapur sireh + 1 biji kuning telur ayam kampung Campurkan sehingga sebati dan sapu pada bengkak

πŸ‘‰CERDASπŸ‘ˆ
2 sudu kecil madu kelulut + 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu pati kurma. Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbiji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.

πŸ‘‰CERGASπŸ‘ˆ
Minum 1-2 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

πŸ‘‰DARAH TINGGIπŸ‘ˆ
1 sudu kecil madu kelulut di minum secara terus menerus 3 kali sehari.

πŸ‘‰DARAH KURANG (Anemia)πŸ‘ˆ
Makan 3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari.

πŸ‘‰KUDISπŸ‘ˆ
7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu kelulut, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.

πŸ‘‰LUKAπŸ‘ˆ
Sapukan pada luka. Gunakan madu kelulut dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1-2 minggu.

πŸ‘‰SAKIT JANTUNGπŸ‘ˆ
6 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.

πŸ‘‰SAKIT PINGGANGπŸ‘ˆ
1 biji telur itik + 4 sudu kecil madu kelulut, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).

πŸ‘‰SAKIT PERUTπŸ‘ˆ
(memulas) Minum 1-2 sudu besar madu kelulut 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam

πŸ‘‰SESAK NAFASπŸ‘ˆ
3 sudu kecil madu kelulut + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.

πŸ‘‰SUSAH TIDURπŸ‘ˆ
2 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Campurkan dan minum air madu tersebut

πŸ‘‰SEMBELITπŸ‘ˆ
2 sudu kecil madu kelulut + segelas susu di minum setiap 4 jam.

πŸ‘‰SUARA SERAKπŸ‘ˆ
1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu kecil madu kelulut lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.

πŸ‘‰SELERA MAKANπŸ‘ˆ
Minum 1-3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari

πŸ‘‰ANAK KENCING MALAMπŸ‘ˆ
Perah sedikit lemon diatas sesudu kecil madu kelulut.  Minta si kecil hirup bancuhan tersebut secara perlahan-lahan. Lakukan dua kali sehari iaitui pada pagi dan sebelum masuk tidur



πŸ‘‰KESIHATAN ANAKπŸ‘ˆ
Madu kelulut dan ianya amat sesuai untuk makanan dan minuman anak-anak.