Penyusuan Susu Ibu (Pilihan Terbaik untuk Anda dan Bayi

9 kebaikan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

  1. Mengandungi zat makanan yang lengkap dan makanan terbaik untuk bayi.
  2. Melindungi bayi daripada infeksi.
  3. Mengurangkan risiko alahan kepada bayi.
  4. Mengelakkan masalah cirit-birit.
  5. Perkembangan daya intelek lebih baik ( IQ tinggi).
  6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
  7. Suhu yang sesuai dan sedia diminum.
  8. Mengurangkan risiko jevenile-onset diabetes dan jangkitan telinga.
  9. Mudah dihadam.




       



    Terdapat 6 kebaikan yang diperolehi jika Ibu menyusukan bayinya 

    1. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

    2. Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan pendarahan selepas bersalin.

    3. Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari.

    4. Mengurangkan berat badan (jika disertai dengan senaman dan pemakanan sihat).

    5. Menjimatkan masa dan wang (tidak perlu mengira bajet untuk membeli susu formula     

        kepada bayi).

    6. Mudah dan tidak perlu persediaan (ibu tidak perlu risau dan pening kepala menyediakan       susu botol   untuk diberikan kepada bayi).


    Kebaikan Sentuhan Kulit Ke Kulit Sebaik Sahaja Bayi Dilahirkan

    Masih ramai yang tidak mengetahui apa itu sentuhan kulit ke kulit (ada juga yang menggelarnya Kangaroo Mother Care) antara ibu dan bayi baru lahir dan kepentingannya kepada bayi tersebut. Terdapat 5 kebaikan yang perlu diketahui oleh ibu-ibu:


    http://www.parenting-with-love.com/kangaroo-mother-care-the-magic-of-a-mothers-touch/

    1. Bayi merasa tenang dan tidak kesejukan.

    2. Menggalakkan hubungan ibu dan bayi untuk membantu memulakan penyusuan susu ibu.

    3. Menggalakkan penkolonian bacteria baik daripada badan ibu kepada badan bayi.

    4. Merangsang pengaliran dan penghasilan susu.

    5. Menstabilkan pernafasan dan denyutan jantung bayi.

    #sebaik sahaja bayi dilahirkan, sentuhan kulit ke kulit ibu-bayi perlu dilakukan dengan segera. Ibu digalakkan memberi sentuhan kulit ke kulit selama 1 jam atau lebih.




      



    Kepentingan Penyusuan Awal Atau Sebaik Sahaja Bayi Dilahirkan



    1. Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara ekslusif.
    kolostrum
    2. Memastikan bayi mendapat Kolostrum dengan cepat kerana bayi baru lahir mempunyai naluri hisapan yang kuat (rooting reflex).

    * Apakah Kolostrum?

    Kolostrum adalah cecair pertama berwarna kekuningan dan pekat. 

    Ia dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit, sesuai dengan saiz perut bayi.


    * Keistimewaan Kolostrum

    i. Kaya dengan antibodi, protein, vitamin A & E.
    meconium

    ii. Bertindak sebagai 'paint coating' melindungi usus bayi daripada infeksi.

    iii. Bertindak sebagai imunisasi pertama menentang bakteria.

    iv. Membantu dalam pembentukkan bakteria baik untuk usus bayi.

    v. Membantu bayi mengeluarkan meconium untuk cegah jaundis.









    Breastfeeding Help By Australian International Board Certified Lactation Consultant Kate Hale. How To Care For A New-born, Including How To Deeply Latch Your Baby And Breastfeed Without Pain Within Minutes For A Contented Baby And An End To Sore Nipples.Click Here!





    Just Released To Cb: High Selling Childbirth & Pregnancy Book That Is Receiving Reviews All Over The World








    Kepentingan Bayi dan Ibu Sentiasa bersama (Rooming-In)

    1. Ibu dapat menyusukan bayi bila-bila masa mengikut kehendak bayi dan ibu.

    2. Boleh merangsang pengaliran dan pengeluaran susu     ibu.

    3. Bayi boleh mendapat cukup susu.

    4. Dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan             anak.

    5. Membentuk ritma jaga dan tidur bayi.

    6. Ibu dapat belajat tanda-tanda bayi ingin menyusu.

    7. Bayi tidur lebih nyenyak.




    Breastfeeding Help By Australian International Board Certified Lactation Consultant Kate Hale. How To Care For A New-born, Including How To Deeply Latch Your Baby And Breastfeed Without Pain Within Minutes For A Contented Baby And An End To Sore Nipples.Click Here!






    Just Released To Cb: High Selling Childbirth & Pregnancy Book That Is Receiving Reviews All Over The World









    Lazada Malaysia


    Kepentingan Penyusuan Mengikut Kehendak Bayi

    1.  Ibu akan menghasilkan cukup susu dan memudahkan pengeluaran susu dengan sempurna.

    2. Bayi mendapat cukup dan semua nutrien yang diperlukan untuk pembesarannya.

    3. Ibu dapat ketahui respon bayi dan corak penyusuan bayinya,

    4. Bayi kurang menangis.

    5. Mengurangkan kejadian jaundis pada bayi.

    6. Ibu kurang alami bengkak payudara.

    * susukan bayi mengikut kehendak bayi bukan mengikut sela masa jam.

    * kebanyakan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas merasa kenyang           tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap sehingga tertidur.




       

    No comments:

    Post a Comment