Ubat-ubatan

10 SENARAI TANGGA TERATAS UBAT-UBATAN YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN BUAH PINGGANG

Ubat-ubatan, adakah ia selamat? Saya amat tertarik dengan sebuah artikel tentang ubat-ubatan yang boleh menjejaskan organ dalaman seseorang terutama buah pinggang. Sebenarnya sudah lama saya mendengar kesan ubat-ubatan yang diambil oleh pesakit boleh mejejaskan buah pinggang seseorang tetapi saya masih mencari kesahihan bukti tersebut. Artikel ini telah menyenaraikan 10 ubat-ubatan individu yang boleh menyebabkan kerosakan pinggang. Admin ini telah memilih dengan teliti senarai ubat-ubatan mengikut jenis ubat, antibiotik, analgesik dan lain-lain. (ref: http://healingbright.co/top-ten-drugs-that-cause-kidney-damage-please-share-for-information-2/)

Sepuluh ubat-ubatan yang  boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang:

1 Antibiotik
Termasuk ciprofloxacin, methicillin, vancomycin, sulfonamides.

2 Analgesik
Termasuk acetominophen dan ubat anti-radang (NSAID) bukan steroid: aspirin, ibuprofen, naproxen, dan lain-lain boleh didapati hanya dengan preskripsi.

COX-2 inhibitor
Termasuk celecoxib (jenama Celebrex). Dua ubat dalam kelas ini telah ditarik balik daripada pasaran kerana tahap ketoksikan kardiovaskular: rofecoxib (jenama Vioxx) dan valdecoxib (jenama Bextra). Ubat-ubatan ini adalah kelas khas NSAID yang dibangunkan untuk menjadi lebih selamat untuk perut,  tetapi tetap memberi risiko kerosakan buah pinggang sama  seperti lain-lain NSAID.

Heartburn drugs of the proton pump inhibitor class
Termasuklah omeprazole (jenama Prilosec), lansoprazole (Prevacid nama jenama), pantoprazole (Protonix nama jenama), Rabeprazol ( jenama Rabecid, Aciphex), esomeprazole (jenama Nexium, Esotrex) .

Ubat antiviral
Termasuk Acyclovir (jenama Zovirax) yang digunakan untuk merawat jangkitan herpes, dan Indinavir dan tenofovir, kedua-duanya digunakan untuk merawat pesakit HIV.

Ubat tekanan darah tinggi
Termasuk captopril (jenama Capoten).

Ubat Rheumatoid  arthritis
Termasuk infliximab (jenama Remicade); chloroquine dan hydroxychloroquine,  juga digunakan untuk merawat pesakit  malaria dan sistemik lupus eritematosus serta artritis reumatoid.

Lithium 
Digunakan untuk merawat gangguan bipolar.

Antikonvulsan
Termasuk phenytoin (jenama Dilantin) dan trimethadione (jenama Tridione), yang digunakan untuk merawat sawan dan syarat lain-lain.

10 Ubat kemoterapi
Termasuklah Interferon, pamidronate, cisplatin, carboplatin, cyclosporine, tacrolimus, kuinina, mitomycin C, bevacizumab; dan ubat-ubatan anti-tiroid,  propylthiouracil  digunakan untuk merawat tiroid yang sangat aktif.


Anda boleh mencari banyak maklumat ubat-ubatan yang dipreskripsi di laman sesawang internet. Maklumat setiap jenis ubat akan diperolehi dalam 10 hingga 30 muka surat panjangnya. Termasuklah langkah berjaga-jaga dengan terperinci, amaran dan kesan buruk setiap jenis ubat.

Untuk mencarinya,  lakukan carian  nama ubat anda.  Cari laman sesawang yang disediakan oleh pengeluar. Dalam kebanyakan kes , ia hanya jenama ubat dengan ".com" ditambah. Kemudian cari pautan ke "menetapkan maklumat" dan klik padanya.

Untuk ubat 'over-the-counter', pastikan mematuhi langkah berjaga-jaga yang ada pada label. Pastikan doktor anda mengetahui dan dimaklumkan apa yang anda ambil, terutamanya jika anda mempunyai risiko tinggi untuk penyakit buah pinggang  atau  masalah kesihatan yang lain.

Secara kesimpulannya, bagi saya jika pengambilan dos ubat-ubatan dalam  keadaan yang terkawal, mematuhi cara pengambilan ubat-ubatan,  mengikut arahan doktor yang diberi, jujur pada diri sendiri dan tidak menyembunyikan maklumat yang  pada pandangan doktor adalah penting maka masalah kerosakan buah pinggang tidak akan berlaku. Tetapi selain daripada mengharapkan ubat-ubatan komersil untuk penyembuhan diri, pemakanan semulajadi yang sihat adalah sangat penting! Jika pemakanan semulajadi yang sihat diamalkan selalu maka tidak perlulah kita terus bergantung harap dengan ubat-ubatan.



KESAN SAMPINGAN UBAT -Mungkin Ia Adalah Advers

Seringkali kita mendengar kesan sampingan yang akan dialami selepas mengambil ubat. Tetapi sejauh mana pengetahuan kita tentang kesan pengambilan ubat ini atau dipanggil sebagai ADVERS dalam bahasa perubatan. Saya sangat senang untuk mengongsikan serba sedikit tentang apa itu ADVERS?


Terlebih dahulu nak tanya dulu adakah Selepas Mengambil Ubat Adakah Anda Mengalami...
    Image result for drugs
  • Sesak Nafas
  • Demam
  • Ruam
  • Kegatalan
  • Bengkak Kaki
  • Batuk
  • Sakit Tubuh Badan
  • Sakit Kepala
  • Pening Kepala
  • Pening atau...
  • Lain-lain kesan yang tidak diingini?
Jika ada mungkin disebabkan KESAN ADVERS UBAT!


Apa Itu KESAN ADVERS UBAT?

Kebiasaanya kebanyakan pesakit tidak mengalami masalah dari pengambilan ubat-ubatan. Kesan advers ubat adalah kesan yang tidak diingini dan memudaratkan akibat penggunaan sesuatu ubat, produk kesihatan atau ubat tradisional.

Tindak balas seseorang terhadap ubat adalah berbeza dan bergantung kepada umur, jantina, keadaan kesihatan, faktor genetik dan lain-lain.


Apa Yang PERLU DILAKUKAN?
  •  Rujuk kepada ahli farmasi atau doktor anda yang bertauliah dengan segera.
  • Bawa bersama-sama semua ubat yang diambil untuk pengesahan.
  • Ahli farmasi atau doktor anda akan melaporkan kesan advers itu kepada pihak berkuasa.

Anda juga boleh MELAPORKAN KESAN ADVERS SENDIRI

Hubungi: 
Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaaan, 
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, 
Peti Surat 319, Pejabat Pos Jalan Sultan, 
46790 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-78835400/78835550
Faks: 03-79567151
atau
Isi borang yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, www.bpfk.gov.my dan pos atau fakskan kepada alamat di atas
atau
E-mel kepada kepada fv@bpfk.gov.my

UBAT DAN PEMANDUAN - Adakah Selamat?

Baru-baru ini saya ada menghadiri satu taklimat "Kenali Ubat Anda" yang disampaikan oleh Pegawai Farmasi yang sedang bertugas pada masa itu bertempat di sebuah Hospital Daerah yang tidak jauh dari kawasan kediaman saya. Satu topik yang menarik minat saya adalah 'Ubat dan Pemanduan'. Saya percaya tidak ramai antara kita sebagai orang awam @ manusia biasa yang mengetahui sepenuhnya tentang ubat-ubatan ini.

Disini saya akan terangkan secara ringkas mengenai topik di atas:

Selamatkah Pemanduan Saya?
  • sebahagian ubat-ubatan boleh memberi pelbagai kesan yang tidak diingini kepada kita sehingga menjejaskan pemanduan dan mengakibatkan kemalangan.
  • antara kesan tersebut adalah
  1. mengantuk
  2. pening
  3. kabur penglihatan
  4. kepenatan
  5. kekeliruan
  6. tekanan darah yang meningkat dan sebagainya


Contoh Ubat-ubatan Yang Boleh Menjejaskan Pemanduan


Kumpulan Ubat
Kegunaan
Antikemurungan
Kemurungan
Antihistamin
Selesema, batuk & alahan
Ubat tidur
Resah & gangguan tidur
Antihipertensi
Mengawal tekanan darah
Ubat Kolesterol
Mengurangkan paras kolesterol yang tinggi
Antikeradangan bukan steroid (NSAID)
Tahan sakit & keradangan
Antiepilepsi
Mengawal sawan atau epilepsi


Pastikan Anda....
  •  Memandu dalam keadaan sihat.
  • Mengetahui kesan sampingan ubat yang diambil.
  • Rujuk ahli farmasi / doktor bagi mendapatkan ubat alternatif atau pengubahsuaian dos dan masa mengambil ubat. Jangan pandai-pandai ubah sendiri ok.....
  • Berhenti memandu dan rehatlah secukupnya jika kesan sampingan menjejaskan pemanduan. Kadang-kadang tu ada juga tunjuk hero tak mau berhenti sekejap, bahaya tu....
  • Sentiasa memakai alatan keselamatan bersesuaian semasa memandu. Pastikan tali pinggang keledar atau topi keledar dipakai semasa memandu atau menunggang motosikal. Selalunya pengguna jalanraya anggap ini melecehkan, tapi percayalah alatan keselamatan ini telah melindungi saya daripada bahaya beberapa kali.

Image result for traffic light image

ELAKKAN MEMANDU DAN REHATLAHSECUKUPNYA JIKA KESAN SAMPINGAN MENJEJASKAN PEMANDUAN !



 *sumber - Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, www.pharmacy.gov.my, www.knowyourmedicine.gov.my

No comments:

Post a Comment