Tuesday 28 June 2016

Diphteria - Antara Yes Or No Imunisasi

Amat merisaukan apabila minggu ini dimaklumkan kes wabak Diphtheria sedang melanda kini! Kes seorang kanak-kanak berumur 3 tahun umur baru meninggal kelmarin dan disahkan menghidap Diphteria. Tanda2 awal adalah sakit tekak dan demam. Kemudian ada selaput keputihan pada dinding tekak. Saya percaya ramai dikalangan kita terutama ibu bapa yang masih kurang arif tentang penyakit ini. Moga maklumat di bawah ini dapat membantu kita.







*INFO DIFTERIA*

Penyakit yg disebabkan oleh bakteria _corynebacterium diphteriae_ dan boleh membawa maut

*CARA JANGKITAN*
~ Tersebar melalui titisan respiratori apabila bersin, batuk atau bercakap. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan

*TANDA DAN GEJALA*
• Sakit tekak
• Demam panas
• Batuk
• Sukar menelan
• Sukar bernafas
• Sakit Kepala
• Keletihan
• Bengkak kelenjar leher
• Lendir hidung berbau dan
   bercampur darah

*PENCEGAHAN*
• Ia boleh dicegah dgn pengambilan vaksin bagi membentuk antibodi atau pertahanan dlm badan

• Pastikan anak anda mendapat imunisasi mengikut jadual yg di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

*KOMPLIKASI PENYAKIT*
• Jangkitan paru paru
• Jangkitan telinga
• Radang Saraf
• Kerosakkan otot jantung
• Lumpuh
• Kegagalan Pernafasan
• Kematian

*RAWATAN*
• Antibiotik akan diberikan untuk
  mencegah komplikasi

*PESANAN*
• Sekiranya anak anda mempunyai TANDA dan GEJALA di atas SEGERA ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran

Monday 27 June 2016

Bahaya Meminum Air Yang Direbus Selepas Dididihkan

Lazada Malaysia



📌Merebus Air yang Sudah Mendidih Ternyata Berbahaya!*

📝Kelihatannya memang sepele,
tapi tahukah anda ternyata AIR yang sudah matang sangat *TIDAK BOLEH* direbus kembali.

Memang terkadang kita sering merebus kembali AIR yang sudah matang untuk memakainya kembali.

Entah itu diolah menjadi minuman panas atau memasak makanan.
Kita beranggapan,AIR yang sudah matang lalu direbus kembali akan semakin bersih.

Sebaliknya, AIR tersebut malah sangat  BERBAHAYA buat tubuh kita.

AIR yang sudah Matang & Direbus ulang akan merubah
susunan Kimianya.
Sehingga malah menjadikannya *RACUN* bagi tubuh kita.

AIR matang yg Direbus Ulang akan menghasilkan bahan kimia tertentu seperti :
●ARSENIK,
●NITRAT &
●FLUORIDE.
Dan itu sangat
💥BERBAHAYA bagi
EMPEDU & GINJAL kita.

💥BAHAYA Keracunan
ARSENIK meliputi
●Neuropati Perifer,
●Gejala Gastrointestinal,
●Diabetes,
●Efek Sistem Ginjal,
●Penyakit Jantung &
●Tumbuhnya Sel Kanker.

💥NITRAT telah dikaitkan dengan banyak penyakit seperti
●Leukemia,
●Limfoma non-Hodkin, &  ●Penyebab Kanker Usus,
●Kanker Kandung Kemih,
●Kanker Ovarium,
●Kanker Perut,
●Kanker Pankreas &
●Kanker Kerongkongan.

Hasil penelitian Harvard University menyimpulkan bahwa
💥FLUORIDE
yang ditemukan dalam air minum mengakibatkan
●Rendahnya IQ pada anak-anak.

Am at menakutkan , akibat dari Perebusan Ulang Air yang sudah matang.
Mulai sekarang biasakan
Merebus Air sekali sahaja.

Semoga bermanfaat.. . .



You Can Easily Build Your Own Solar Water Heater and Save up to 33% Off Your Electric Bill Every Month While Helping the Environment. 

Our do-it-yourself solar water heater guide is easy to follow with step-by-step instructions and is extremely affordable!
  •  Works in warm and cold climates
  •  Will greatly improve your homes energy efficiency
  •  Boost performance while reducing electricity usage
  •  Works anywhere in the world
  •  100% safe/legal - guaranteed!
  •  Get set up for the cheapest, best value price.
  •  Enjoy incredible savings on your electric bill.
  •  Build your water heater for the lowest price. Similar water heaters cost $1000  and up!
  •  This system can be built in as little as a weekend.
Start enjoying the benefits of a solar powered water heater today like thousands of other happy customers around the world!


Sunday 26 June 2016

APPENDIK (Sakit Umbai Usus)

Penyembuhan Semulajadi Melalui Pemakanan 
Sumber Asli

appendik

Pembengkakkan serius appendik kerana pengumpulan berlebihan bahan buangan di dalam kolon (usus). Terjadinya penyakit ini kerana selepas makan seseorang itu terus bersenam dan berlari ini mengakibatkan saluran appendik tersumbat oleh makanan yang belum hadam. Makanan yang kita makan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk dihadamkan, oleh itu sebelum bersenam atau bersukan atau melakukan kerja-kerja berat jangan ambil makanan yang berat (heavy food) tetapi hendaklah mengambil makanan yang ringan (light food), contohnya seperti oats dicampur dengan susu.

Tanda-tanda terjadi penyakit ini ialah sakit di bahagian kanan badan, sakitnya boleh melarat ke bahagian belakang dan bahu.

Rawatan awal bagi penyakit tersebut ialah berpuasa dengan hanya makan makanan yang disarankan di sini. Ia akan menolong membersihkan kolon yang tersumbat.

Pemakanan Sumber Asli:

Sayur Bayam - Membekalkan garam galian organik yang diperlukan untuk membaiki kolon, 6 auns jus bayam dicampur 10 auns jus lobak merah. Amalkan 2 pain sehari.


molassess
Molasses - Sirap pekat hasil dari gula, 2 camca di dalam air suam, 2 kali sehari.

Betik - Dimakan atau dijadikan air, 1 atau 2 kali sehari.

Timun - Jus Timun diminum waktu sakit, 1 atau 3 kali sehari.

Apple - Jus apple tanpa gula pasir, 1 atau 3 kali sehari.

Anggur - Jus anggur tanpa gula pasir, 1 atau 3 kali sehari.

Sayur segar - Contoh seperti sayur salad dikisar dan diminum sehari satu kali atau dua kali. Atau banyak makan batang-batang sayur seperti kangkong, sawi dan lain-lain, kerana dapat menolong proses pembersihan usus.

Pemakanan Yang Perlu Dielakkan

Elakkan pengambilan makanan sumber protein haiwan dan pati kanji susu segar, tepung kanji, telur masak, daging yang terlalu masak dan makanan berlemak serta manis.

Pengambilan makanan tambahan juga disyorkan asalkan bukan daripada produk yang disarankan perlu dielak. 


Celebrity Trainer Thomas Delauer and David Headley, PhD Reveal How to Dramatically Reduce Inflammation With These Body Hacks 
watch video here!

Friday 24 June 2016

KESAN SAMPINGAN UBAT -Mungkin Ia Adalah Advers

Seringkali kita mendengar kesan sampingan yang akan dialami selepas mengambil ubat. Tetapi sejauh mana pengetahuan kita tentang kesan pengambilan ubat ini atau dipanggil sebagai ADVERS dalam bahasa perubatan. Saya sangat senang untuk mengongsikan serba sedikit tentang apa itu ADVERS?


Terlebih dahulu nak tanya dulu adakah Selepas Mengambil Ubat Adakah Anda Mengalami...
    Image result for drugs
  • Sesak Nafas
  • Demam
  • Ruam
  • Kegatalan
  • Bengkak Kaki
  • Batuk
  • Sakit Tubuh Badan
  • Sakit Kepala
  • Pening Kepala
  • Pening atau...
  • Lain-lain kesan yang tidak diingini?
Jika ada mungkin disebabkan KESAN ADVERS UBAT!


Apa Itu KESAN ADVERS UBAT?

Kebiasaanya kebanyakan pesakit tidak mengalami masalah dari pengambilan ubat-ubatan. Kesan advers ubat adalah kesan yang tidak diingini dan memudaratkan akibat penggunaan sesuatu ubat, produk kesihatan atau ubat tradisional.

Tindak balas seseorang terhadap ubat adalah berbeza dan bergantung kepada umur, jantina, keadaan kesihatan, faktor genetik dan lain-lain.


Apa Yang PERLU DILAKUKAN?
  •  Rujuk kepada ahli farmasi atau doktor anda yang bertauliah dengan segera.
  • Bawa bersama-sama semua ubat yang diambil untuk pengesahan.
  • Ahli farmasi atau doktor anda akan melaporkan kesan advers itu kepada pihak berkuasa.

Anda juga boleh MELAPORKAN KESAN ADVERS SENDIRI

Hubungi: 
Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaaan, 
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, 
Peti Surat 319, Pejabat Pos Jalan Sultan, 
46790 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-78835400/78835550
Faks: 03-79567151

atau

Isi borang yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, www.bpfk.gov.my dan pos atau fakskan kepada alamat di atas

atau

E-mel kepada kepada fv@bpfk.gov.my
 
 


Wednesday 22 June 2016

UBAT DAN PEMANDUAN - Adakah Selamat?

Baru-baru ini saya ada menghadiri satu taklimat "Kenali Ubat Anda" yang disampaikan oleh Pegawai Farmasi yang sedang bertugas pada masa itu bertempat di sebuah Hospital Daerah yang tidak jauh dari kawasan kediaman saya. Satu topik yang menarik minat saya adalah 'Ubat dan Pemanduan'. Saya percaya tidak ramai antara kita sebagai orang awam @ manusia biasa yang mengetahui sepenuhnya tentang ubat-ubatan ini.

Disini saya akan terangkan secara ringkas mengenai topik di atas:

Selamatkah Pemanduan Saya?
  • sebahagian ubat-ubatan boleh memberi pelbagai kesan yang tidak diingini kepada kita sehingga menjejaskan pemanduan dan mengakibatkan kemalangan.
  • antara kesan tersebut adalah
  1. mengantuk
  2. pening
  3. kabur penglihatan
  4. kepenatan
  5. kekeliruan
  6. tekanan darah yang meningkat dan sebagainya


Contoh Ubat-ubatan Yang Boleh Menjejaskan Pemanduan


Kumpulan Ubat
Kegunaan
Antikemurungan
Kemurungan
Antihistamin
Selesema, batuk & alahan
Ubat tidur
Resah & gangguan tidur
Antihipertensi
Mengawal tekanan darah
Ubat Kolesterol
Mengurangkan paras kolesterol yang tinggi
Antikeradangan bukan steroid (NSAID)
Tahan sakit & keradangan
Antiepilepsi
Mengawal sawan atau epilepsi


Pastikan Anda....
  •  Memandu dalam keadaan sihat.
  • Mengetahui kesan sampingan ubat yang diambil.
  • Rujuk ahli farmasi / doktor bagi mendapatkan ubat alternatif atau pengubahsuaian dos dan masa mengambil ubat. Jangan pandai-pandai ubah sendiri ok.....
  • Berhenti memandu dan rehatlah secukupnya jika kesan sampingan menjejaskan pemanduan. Kadang-kadang tu ada juga tunjuk hero tak mau berhenti sekejap, bahaya tu....
  • Sentiasa memakai alatan keselamatan bersesuaian semasa memandu. Pastikan tali pinggang keledar atau topi keledar dipakai semasa memandu atau menunggang motosikal. Selalunya pengguna jalanraya anggap ini melecehkan, tapi percayalah alatan keselamatan ini telah melindungi saya daripada bahaya beberapa kali.

Image result for traffic light image

ELAKKAN MEMANDU DAN REHATLAH SECUKUPNYA JIKA KESAN SAMPINGAN MENJEJASKAN PEMANDUAN !



 *sumber - Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, www.pharmacy.gov.my, www.knowyourmedicine.gov.my





Sunday 19 June 2016

SAKIT JANTUNG (Heart Attack, Cardiacarrest, Coronary Occlusion, Coronary Thrombosis, Myocardial Infarction) - Penyembuhan Semulajadi Melalui Pemakanan

Apa yang anda faham tentang sakit jantung?

Selain daripada sakit jantung secara semulajadi banyak faktor perolehan yang mempengaruhi. Salah satunya disebabkan toksid atau racun yang menyekat pembuluh darah. Ia akan menghalang otot-otot jantung dan memaksa injap oksigen mengenakan tekanan yang serius terhadap jantung. Maka jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat berbanding dengan keadaan normal untuk menolak sekatan pada aliran darah tadi.

Sakit jantung sentiasa berkait rapat dengan penyakit darah tinggi, penyakit siflis dan TB, Thyfoid pula boleh menyebabkan luka pada jantung.

Sakit jantung juga disebabkan oleh kelemahan kenlenjat tiroid dengan sakit paru-paru yang kerana memberi tekanan yang lebih pada jantung, anemia dan penyakit beri-beri.

Apakah Serangan Sakit Jantung (Heart Attack)

Serangan jantung terjadi apabila otot-otot jantung tidak dapat menerima darah yang mengandungi oksigen untuk membalut sel hidup. Apabila pembuluh darah tersekat untuk membekalkan darah dan oksigen pada jantung, ia boleh menyebabkan darah mengalir dengan perlahan serta menghalang pengumpulan pembuluh darah (blood vein) untuk sampai ke jantung. Jika pembuluh darah tertutup sepenuhnya serangan amatlah serius.

Sebelum serangan sakit jantung, tanda-tanda awal penyakit ini dinamakan 'Angina Pectoris' (rasa sakit kurang dari 15 minit). Sekiranya sakit di bahagian 'jantung' melebihi 15 minit maka penyakit ini amat serius dan pemeriksaan doktor yang bertauliah diperlukan.

Siapa Yang Berpotensi Diserang Sakit Jantung?
  1. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.
  2. Penghidap kencing manis atau diabetik.
  3. Mereka yang merokok 15 atau lebih batang rokok sehari.
  4. Tahap kolesterol yang tinggi dalam badan.
  5. Mengalami tekanan perasaan yang tinggi.
Pemakanan Sumber Asli

Karot, Jus Bayam (mengandungi potasium yang memberi PH darah yang betul)
  • Membuang kotoran dari pembuluh darah, membina selaput darah yang kuat

Jus karot, jus timun
  • bertujuan melarut asid kristal dalam buah pinggang
  • maka ia membersihkan darah 10 auns, 3 oz
  • diminum sebanyak 1 pain sehari.

Anggur hitam diambil selama 5-7 hari
  • sebagai tonik pada otot-otot injap jantung
  • membersihkan darah

Molasses (sirap pekat dari madu)
  • kaya dengan zink organik + kuprum dan potasium
  • bina selaput darah yang kuat
  • 2 camca di dalam segelas air suam, 2 kali sehari

Minyak emping jagung
  • merangsang bekalan oksigen ke jantung
  • elok dimakan dengan bawang putih, 1 sudu w.germ oil + 2-3 potong bawang putih, 2 kali sehari selepas makan.

Minyak Ikan
  • 1 kapsul, 3 kali sehari

Evening primrose oil
  • 1 kapsul, 3 kali sehari

Cadangan makanan lain
  • vitamin E
  • makanan berfiber tinggi
  • kobis, bayam mentah, pisang masak, kacang soya, biji bunga matahari


Nasihat

Jangan merokok, jangan stres, betulkan berat badan BMI.

Bersenam 28 minit, 3 kali seminggu, akan meningkatkan kadar degupan jantung maksima mengikut umur. 

Formula Kadar Degupan jantung.
Kadar degupan jantung maksima untuk umur = 220. Untuk umur 40 tahun, 220-40 = 180, 80% daripada 144 degup seminit.


Pemakanan Yang Perlu Dielakkan

Kanji saringan
  • tepung, terutama roti putih, pastri manis, gula, telur masak, susu pasteur, daging berlemak yang dimasak lama dan garam. (banyaknya nak pantang ni....)
Juga disarankan mengambil pemakanan tambahan yang disyorkan.



Friday 17 June 2016

INSOMNIA (Kesukaran Untuk Tidur)

Persoalan yang sering menjadi topik utama adalah Kenapa diserang Insomnia? 
Ada baiknya jika kita mengetahuinya sebagai warga yang mementingkan kesihatan. Antara punca-puncanya ialah;
  • Asid berlebihan dalam badan.
  • Tekanan perasaan berlebihan
  • Ketidakseimbangan elektrolit dalam badan.
  • Kekurangan vitamin B Complex

Pemakanan Sumber Asli Yang Disarankan

Pisang
  • Kaya dengan sodium, potasium, magnesium
  • Merangsangkan tidur

Molasses (sirap pekat dari madu)
  • Merangsangkan tidur

Vitamin B3
  • 100mg sehari sejam sebelum tidur dengan satu segelas susu suam

Vitamin B6
  • 20 mg sehari lemak rendah, jangan makan banyak sebelum tidur.
Pengambilan kacang soya, anggur dan madu juga boleh membantu mengatasi Insomnia.

Pemakanan Yang Perlu Dielakkan
  • Daging terlalu masak (terutama waktu makan malam)
  • Tepung kanji (roti, kuih manis)
  • Lada sulah
  • Kopi, teh
  • Alkohol
Pemakanan tambahan yang bersesuian juga disyorkan.





Name: Melatrol CPA
Description: Melatrol has combined quality natural ingredients to combat your insomnia on a long term basis: compounds such as melatonin and gamma amino butyric acid are commonly found in healthy people, however many individuals do not produce enough of these compounds, and as a result experience trouble falling asleep and sleeping through the night.
ORDER NOW!

Monday 13 June 2016

HEPATITIS (Pembengkakan disebabkan jangkitan kuman di hati dll)

Pembengkakan hati disebabkan pengambilan berlebihan kanji (terutama tepung), gula, lemak hidrogenat, daging terlebih masak, kekurangan makanan mentah, berlebihan alkohol dan dadah termasuk nikotin. Jangan minum susu bersama ikan atau daging kerana ia boleh menyebabkan keracunan hati serta pembengkakan hati.

Hepatitis Berjangkit
  • Jangkitan virus/kuman pada hati dari cecair badan seperti air liur, makanan dan air yang tercemar.
  • Pengambilan protein yang rendah, contohnya ketika mengandung - pemusnahan hati semakin serius

Tanda-tanda Hepatitis
  • Demam kuning, Malaria adalah sebahagian dari tanda-tandanya.

Pemakanan Sumber Asli

Yis
  • Sumber vitamin B untuk fungsi hati dan mengurangkan pembengkakan hati. 
  • 1 paket yis aktif dalam satu gelas air suam, 2 kali sehari apabila perut kosong sahaja (jangan campur makanan lain)
Tomato
  • Mengurangkan pembengkakan hempedu, di ambil 1-3 hari tanpa makanan lain, jus segarnya boleh dicampur jus karot untuk perasa.
Karot
  • Amat baik untuk membuang toksid hati, 2-3 pain sehari (1 pain = 473ml)
Summer squash
  • Kaya dengan sodium, panggang sederhana tanpa garam atau perasa lain.
Milk Thistle
  • 1 sudu 3 kali sehari (dijual di kedai farmasi)
Teh Dandelion
  • 3 gelas sehari
Kobis, kekacang, hati anak lembu, bayam segar, biji matahari, kacang soya.


Makanan Yang Perlu Dielakkan
  • Makanan lemak bergoreng terutama ikan dan minum dengan susu.
  • Daging terlalu masak.
  • Gula
  • Tepung kanji

Pemakanan tambahan yang sesuai juga disyorkan.




Liver Disease Survivors Guide - Cirrhosis

The Ebook Is About Real Stories Of Cirrhosis Survivors. It Also Contains Stories On How Family Members Cope With Having A Loved One Who Has This Terminal Illness. It Also Provides Invaluable Information & Explanation About Cirrhosis In The Faq Section.





Wednesday 8 June 2016

GOUT - PENYEMBUHAN SEMULAJADI MELALUI PEMAKANAN SUMBER ASLI

Gout juga dikenali sebagai lebihan urik asid dalam darah. Pembengkakan tulang dan ligamen dalam sendi-sendi menyebabkan pembentukkan kristal asid urik. Penyakit ini disebabkan oleh pengambilan terlalu banyak daging, garam, alkohol,kurang mengambil bahan mentah dan memakan makanan pengaktif enzim.

Tanda-tanda Gout

Tanda-tanda awal penyakit ini adalah bengkak serta sakit secara tiba-tiba di jari kaki dan sendi. Sendi akan mengalami kesakitan secara tiba-tiba (terutama lutut), menjadi merah dan lembut. Terdapat sedikit demam saraf dan berpeluh. Bahagian sakit tidak boleh tersentuh kain keran akan menyukarkan pergerakkan ketika bangun dari katil. Air kencing akan mengandungi asid urik dan membentuk batu asid urik dalam buah pinggang.

Penyebab: Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi iaitu faktor genetik dan diet pemakanan yang tidak seimbang. Pengambilan ubatan untuk penyakit darah tinggi dan barah juga berkait. Penyakit Gout bertambah teruk jika mengalami tekanan perasaan (stress). Gangguan metabolisma akan mengakibatkan pertukaran zat pada tubuh serta buah pinggang menjadi lemah. Makanan yang mengandungi kaya 'purine' boleh memudaratkan pesakit Gout.

Siapa Boleh Dijangkiti Gout?

Nisbah 97 lelaki kepada 3 wanita berpotensi menghidapnya. Pesakit biasanya berumur 45 tahun ke atas, gemuk, makan berlebihan dan kurang bersenam.

Pemakanan Sumber Asli

Jus Celery
  • 2 batang celery dikisar bersama air suam 
  • minum airnya 2 kali sehari sebelum makan
Jus timun dan karot
  • menyeimbangkan pH dalam darah dan tisu serta melarutkan asid urik dalam sendi
10 auns jus karot
  • dicampur 3 auns jus timun, 1-2 pain sehari
  • kobis, buah citrus segar (tanpa gula), ceri hitam mentah dan anggur hitam
Minyak ikan
  • 5 ml sehari
Jus Nenas
  • sekali ambil dalam sehari. Jika ada alahan berhenti mengambilnya.
Pisang
  • Pastikan tiada kencing manis dan sakit buah pinggang
Timun laut
  • Dimasak sup. 2 kali sehari
Susu kambing
  • 2 kali sehari.
Jus strawberry
  • 3 kali sehari
Minum 6-8 gelas air sehari. Setiap jam sekali.


Pemakanan Yang Perlu Dielakkan

Pengambilan aspirin dilarang, daging mentah, ayam dan ikan, tomato, alkohol, garam, bayam masak, organ daging, hati binatang, kacang tanah, jus oren, makanan laut, sardin, udang, tiram, asparagus, cendawan, tepung, gula pasir, coklat serta makanan berasid dan pedas.
Newly Updated Sales Page. High Conversion Rate! Website With Interesting Video Demonstrations. Seeing Is Believing. 

UMS AQUA OCEAN SUITABLE FOR CHILDREN TO LEARN ABOUT SEA ANIMAL


Friday 3 June 2016

Lelaki Berusia 256 Tahun Manusia Tertua Di Dunia Membongkar Rahsia Sebelum Meninggal

Cuba teka berapakah umur manusia paling lama mampu hidup di dunia? Tentu anda akan merasa takjub jika dapat bertemu dengan manusia yang boleh hidup beratus-ratus tahunnya! Nama Li Ching Yuen mungkin baru kali ini anda mendengarnya dan hanya sebuah nama yang biasa-biasa sahaja, tetapi dia adalah seorang lelaki yang menakjubkan bayangkan umurnya telah mencecah 256 tahun! Masih tidak percaya? Sebenarnya ini bukanlah satu mitos atau kisah fiksyen.


Menurut satu artikel 1930 New York Times, Wu Chung-chieh, seorang profesor Universiti Chengdu, mendapati rekod Imperial kerajaan China dari 1827 mengucapkan tahniah kepada Li Ching-Yuen pada hari lahir ke-150 tahun, dan dokumen seterusnya juga mengucapkan tahniah kepada beliau pada hari lahir ke-200 pada tahun 1877 . pada tahun 1928, seorang wartawan New York Times menulis bahawa ramai orang lama dalam kejiranan Li menegaskan bahawa datuk mereka mengenalinya ketika mereka masih kanak-kanak, dan bahawa dia pada masa itu adalah seorang lelaki dewasa.

Li Ching Yuen dilaporkan memulakan kerjaya herba pada usia 10 tahun, di mana beliau mengumpul herba-herba di banjaran gunung dan mengetahui potensi untuk hidup panjang umur. Selama hampir 40 tahun mengamalkan diet herba, dia tamat bertuah kerana terselamat melalui amalan dietnya seperti lingzhi, goji berry, ginseng liar, he shoo wu (dragon herbs) dan Gotu kola (Centella asiatica)dan beras wain. Pada 1749, pada usia 71 tahun, beliau menyertai tentera Cina sebagai guru seni mempertahankan diri. Li dikatakan seorang tokoh yang amat disayangi dalam komunitinya, berkahwin sebanyak 23 kali dan menjadi bapa kepada lebih 200 anak. Menurut cerita umum yang diterima, diceritakan dalam wilayahnya, Li dapat membaca dan menulis semasa kanak-kanak lagi, dan pada ulang tahun kesepuluh dia telah mengembara di Kansu , Shansi , Tibet, Annam , Siam dan Manchuria untuk mengumpul herba. Pada seratus tahun pertama beliau meneruskan pekerjaan ini. Kemudian dia beralih kepada menjual herba yang dikumpulkan kepada orang lain. Dia menjual lingzhi, goji berry, ginseng liar, he shoo wu (dragon herbs) dan Gotu kola (Centella asiatica) bersama-sama dengan herba Cina yang lain , dan hidup dengan diet herba dan minum wain beras




Dia Bukanlah Hanya Satu-satunya

Menurut salah seorang murid- Li , beliau pernah berjumpa dengan seorang lelaki yang mencecah usia 500 tahun lebih tua , yang mengajarnya seni Qigong dan cadangan pemakanan yang akan membantu beliau melanjutkan jangka hayat dalam perkadaran yang luarbiasa. Selain Qigong dan diet herba yang kaya, apa lagi yang boleh kita pelajari daripada pakar ini untuk hidup Umur Panjang ?
Bagaimana pula ini: Sebelum saat-saat kematiannya, Li sempat meluahkan kata-kata akhirnya yang menjadi terkenal, "Saya telah melakukan semua apa yang saya perlu lakukan dalam dunia ini". Bolehkah kata-kata keramat terakhir beliau ini sebagai pembayang pada salah satu rahsia terbesar untuk kehidupan yang panjang dan makmur? AMat menarik untuk diberi perhatian kerana di Barat, kita sering diajar untuk mempercayai penuaan itu adalah sesuatu yang perlu "dipukul" dengan peranti inframerah berteknologi tinggi dan seni perubatan.

RAHSIA NYA KEPADA KESIHATAN berpanjangan:

Li telah ditanya apa rahsia beliau untuk panjang umur. Ini adalah jawapan beliau: ". Pastikan hati yang tenang, duduk seperti kura-kura, berjalan riang gembira seperti merpati dan tidur seperti anjing" Ini adalah kata-kata nasihat Li berikan kepada Wu Pei-fu, panglima perang, yang mengambil Li masuk ke dalam rumah beliau untuk belajar rahsia kehidupan yang amat panjang.

Li menegaskan bahawa batin yang tenang dan ketenangan fikiran digabungkan dengan teknik pernafasan adalah rahsia panjang umur yang luar biasa. Jelas sekali, diet beliau memainkan peranan yang besar. 

MENGAPA AMAT SUKAR UNTUK DIPERCAYAI?

Dengan jangka hayat purata bagi dunia Barat kini duduk di antara 70-85 tahun,  tanggapan pemikiran seseorang yang hidup berumur lebih daripada 100 tahun yang seolah-olah seperti agak meragukan dan menjadi tand tanya. Bayangkan pemikiran seseorang yang hidup berumur lebih daripada 200 tahun yang kelihatan sudah tentu amat mencurigakan. Tetapi kenapa pula kita tidak percaya bahawa manusia boleh hidup lebih lama?

Kita perlu ingat bahawa segelintir penduduk di dunia ini bukan tinggal dengan gaya hidup yang melelahkan, mereka tidak perlu menghadapi tekanan hutang sini sana, mereka tidak bernafas dalam udara bandar yang tercemar, dan mereka kerap bersenam. Mereka tidak makan gula proses atau tepung, atau apa-apa makanan yang mempunyai racun perosak disembur ke atas mereka. Mereka tidak hidup dengan mengamalkan diet piawaian Amerika dan negara-negara yang sewaktu dengannya.

Mereka tidak makan daging berlemak, padang pasir manis, dan makanan yang diubahsuai secara genetik. Tiada antibiotik. Tiada alkohol dan tiada tembakau. diet mereka bukan sahaja tidak termasuk makanan ringan yang kita selalu menikmati, ia pun termasuk superfoods dan herba yang seperti steroid untuk organ-organ dan sistem imun.

Mereka juga menghabiskan masa lapang mereka di alam mengamalkan teknik pernafasan dan bertafakur yang telah terbukti untuk meningkatkan kesihatan mental, fizikal dan emosi. Mereka menjaga perkara-perkara mudah, mendapatkan tidur yang betul, dan meluangkan banyak masa dengan alam semulajadi di bawah matahari. Apabila kita mendapat peluang untuk berehat di matahari, kita merasa serta-merta nafas baru dan memanggil ini "bercuti". Bayangkan menghabiskan seumur hidup berbuat demikian di pergunungan, dan menggabungkan dengan sempurna mental, rohani, dan kesejahteraan fizikal.


Mengenai penulis: Nama saya Steven Bancarz, dan saya pencipta 'Spirit Sains dan Metafizik. Saya bekerja pada platform sosial 'The Forum Sedar untuk menyediakan tempat terbaik dalam talian untuk orang berfikiran terbuka berbincang, melibatkan diri, dan berhubung dengan satu sama lain dengan cara tidak pernah ditawarkan sebelum ini.