Tuesday 28 June 2016

Diphteria - Antara Yes Or No Imunisasi

Amat merisaukan apabila minggu ini dimaklumkan kes wabak Diphtheria sedang melanda kini! Kes seorang kanak-kanak berumur 3 tahun umur baru meninggal kelmarin dan disahkan menghidap Diphteria. Tanda2 awal adalah sakit tekak dan demam. Kemudian ada selaput keputihan pada dinding tekak. Saya percaya ramai dikalangan kita terutama ibu bapa yang masih kurang arif tentang penyakit ini. Moga maklumat di bawah ini dapat membantu kita.







*INFO DIFTERIA*

Penyakit yg disebabkan oleh bakteria _corynebacterium diphteriae_ dan boleh membawa maut

*CARA JANGKITAN*
~ Tersebar melalui titisan respiratori apabila bersin, batuk atau bercakap. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan

*TANDA DAN GEJALA*
• Sakit tekak
• Demam panas
• Batuk
• Sukar menelan
• Sukar bernafas
• Sakit Kepala
• Keletihan
• Bengkak kelenjar leher
• Lendir hidung berbau dan
   bercampur darah

*PENCEGAHAN*
• Ia boleh dicegah dgn pengambilan vaksin bagi membentuk antibodi atau pertahanan dlm badan

• Pastikan anak anda mendapat imunisasi mengikut jadual yg di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

*KOMPLIKASI PENYAKIT*
• Jangkitan paru paru
• Jangkitan telinga
• Radang Saraf
• Kerosakkan otot jantung
• Lumpuh
• Kegagalan Pernafasan
• Kematian

*RAWATAN*
• Antibiotik akan diberikan untuk
  mencegah komplikasi

*PESANAN*
• Sekiranya anak anda mempunyai TANDA dan GEJALA di atas SEGERA ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran

No comments:

Post a Comment