Wednesday 8 June 2016

GOUT - PENYEMBUHAN SEMULAJADI MELALUI PEMAKANAN SUMBER ASLI

Gout juga dikenali sebagai lebihan urik asid dalam darah. Pembengkakan tulang dan ligamen dalam sendi-sendi menyebabkan pembentukkan kristal asid urik. Penyakit ini disebabkan oleh pengambilan terlalu banyak daging, garam, alkohol,kurang mengambil bahan mentah dan memakan makanan pengaktif enzim.

Tanda-tanda Gout

Tanda-tanda awal penyakit ini adalah bengkak serta sakit secara tiba-tiba di jari kaki dan sendi. Sendi akan mengalami kesakitan secara tiba-tiba (terutama lutut), menjadi merah dan lembut. Terdapat sedikit demam saraf dan berpeluh. Bahagian sakit tidak boleh tersentuh kain keran akan menyukarkan pergerakkan ketika bangun dari katil. Air kencing akan mengandungi asid urik dan membentuk batu asid urik dalam buah pinggang.

Penyebab: Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi iaitu faktor genetik dan diet pemakanan yang tidak seimbang. Pengambilan ubatan untuk penyakit darah tinggi dan barah juga berkait. Penyakit Gout bertambah teruk jika mengalami tekanan perasaan (stress). Gangguan metabolisma akan mengakibatkan pertukaran zat pada tubuh serta buah pinggang menjadi lemah. Makanan yang mengandungi kaya 'purine' boleh memudaratkan pesakit Gout.

Siapa Boleh Dijangkiti Gout?

Nisbah 97 lelaki kepada 3 wanita berpotensi menghidapnya. Pesakit biasanya berumur 45 tahun ke atas, gemuk, makan berlebihan dan kurang bersenam.

Pemakanan Sumber Asli

Jus Celery
  • 2 batang celery dikisar bersama air suam 
  • minum airnya 2 kali sehari sebelum makan
Jus timun dan karot
  • menyeimbangkan pH dalam darah dan tisu serta melarutkan asid urik dalam sendi
10 auns jus karot
  • dicampur 3 auns jus timun, 1-2 pain sehari
  • kobis, buah citrus segar (tanpa gula), ceri hitam mentah dan anggur hitam
Minyak ikan
  • 5 ml sehari
Jus Nenas
  • sekali ambil dalam sehari. Jika ada alahan berhenti mengambilnya.
Pisang
  • Pastikan tiada kencing manis dan sakit buah pinggang
Timun laut
  • Dimasak sup. 2 kali sehari
Susu kambing
  • 2 kali sehari.
Jus strawberry
  • 3 kali sehari
Minum 6-8 gelas air sehari. Setiap jam sekali.


Pemakanan Yang Perlu Dielakkan

Pengambilan aspirin dilarang, daging mentah, ayam dan ikan, tomato, alkohol, garam, bayam masak, organ daging, hati binatang, kacang tanah, jus oren, makanan laut, sardin, udang, tiram, asparagus, cendawan, tepung, gula pasir, coklat serta makanan berasid dan pedas.
Newly Updated Sales Page. High Conversion Rate! Website With Interesting Video Demonstrations. Seeing Is Believing. 

No comments:

Post a Comment