Saturday 13 March 2021

KENCING MANIS (Diabetes Mellitus Dan Diabetes Insipidus)

Kencing Manis adalah penyakit metabolik yang serius kerana ketidakupayaan membakar karbohidrat, protein dan lemak. Ia bertukar kepada kandungan gula yang tinggi di dalam darah.

Siapa Berpotensi Menghidap Kencing Manis?

Selalunya pertengahan umur, berat badan yang berlebihan dan keturunan. Kadar statistik menunjukkan wanita yang menghidap lebih tinggi daripada lelaki. Kanak-kanak juga berpotensi menghidap diabetes.

Tanda-tanda Kencing Manis
  • Kerap buang air kecil
  • Kehilangan berat badan
  • Lemah, selalu rasa gatal-gatal badan
  • Perubahan penglihatan menurun
  • Selalu rasa haus
  • Sakit kepala luar biasa
Penyebab Kencing Manis
   Kekurangan insulin untuk metabolisma serta mengatur gula dalam darah. Insulin dan protein dirembeskan daripada 'Islet Of Langerhans' sel yang terdapat dalam Kelenjar Pankreas. Sekiranya tubuh badan kekurangan zat kromium maka insulin tidak dapat dikeluarkan oleh Kelenjar Pankreas.

   Apabila tubuh kekurangan insulin, karbohidrat dan gula, ia tidak dapat melakukan proses metabolisma (penukaran zat) dengan baik. Maka berlaku limpahan gula dalam darah. Sekiranya penyakit ini bertambah kronik, air kencing mengandungi gula. Ini menunjukkan gula yang sepatutnya ditukar kepada tenaga tidak dapat berfungsi dengan baik serta tubuh menjadi lemah kerana tidak bertenaga. 

Perbezan Diabetes Mellitus dan Diabetes Insipidus:
  • Diabetes Mellitus (Hyperglycemia) - biasanya disebabkan oleh kelemahan kelenjar pankreas yang diwarisi daripada keturunan. Sekiranya tabiat pemakanannya mengandungi tahap gula dan karbohidrat yang tinggi, pankreas yang lemah akan mengeluarkan insulin yang sedikit untuk membakar kadar gula dan kanji yang banyak. Seseorang yang mempunyai tahap gula yang amat berlebihan dalam badan berpotensi diserang koma.
  • Diabetes Insipidus (Hypoglycemia) - disebabkan oleh lebihan pengeluaran hormon insulin serta kekurangan gula. kanji dalam darah serta gangguan kelenjar Pituitari yang disebabkan stress serta faktor genetik. Penyakit yang kronik boleh mengakibatkan insulin berlebihan akan keluar tanpa kehadiran gula dan kanji. Situasi seperti ini juga berpotensi pesakit akan koma. 
Pesakit Kencing Manis perlu mengelakkan diri daripada tekanan perasaan (stress) kerana ia akan merangsang aktiviti kelenjar adrenal di mana ia akan menigkatkan kadar gula dalam darah.