Thursday 7 July 2016

PENGENALAN BERKENAAN KESAN SAMPINGAN UBAT

Kesan sampingan adalah kesan ubat yang tidak diingini dan berlaku pada dos yang biasa digunakan. Kesan sampingan boleh dijangka dan mungkin membawa faedah atau kemudaratan kepada pesakit.

Kesan sampingan ubat boleh menjadi ringan atau serius. loya, muntah dan rasa pening merupakan contoh kesan sampingan ubat yang ringan manakala kesan sampingan ubat yang serius ialah pendarahan.

TIP MENGURUS KESAN SAMPINGAN UBAT
APAKAH TINDAKAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

MENGANTUK

CONTOH UBAT
  • ubat selsema (contoh: Chlorpheniramine)
  • Ubat batuk (contoh: Diphenhydramine)
TINDAKAN
1. Ambil Ubat pada waktu malam sebelum tidur
2. Jangan memandu kenderaan atau mengendalikan mesin berat

PEDIH PERUT
CONTOH UBAT
  • ubat tahan sakit (contoh: Mefenamic Acid)
  • Ubat cair darah (contoh: Acetylsalicylic Acid)
TINDAKAN 
1. Ambil ubat selepas makan. Jangan ambil apabila perut kosong.
2. Jangan ambil ubat bersama-sama minuman yang mengandungi alkohol atau kafein (teh / kopi).


PENING KEPALA
CONTOH UBAT
  • Ubat darah tinggi (contoh: Amlodipine)
  • Ubat sawan (contoh: Phenytoin)
  • Ubat penenang (contoh: Sertralione)
TINDAKAN
1. Bangun secara perlahan-lahan. Sekiranya pening bertambah teruk, duduk seketika dan kurangkan pergerakan.
2. Pakai kasut yang bergetah dan rata untuk mengurangkan risiko jatuh.


LOYA, MUNTAH & CIRIT-BIRIT
CONTOH UBAT
Ubat yang menyebabkan loya dan muntah:
  • Ubat anti kanser (contoh: Tamoxifen)
Ubat yang menyebabkan cirit-birit:
  • Ubat antibiotik (contoh: Cephalexin)
TINDAKAN
1. Elakkan pengambilan makanan yang pedas, berminyak,berlemak, susu, kopi dan jus sitrus.
2. Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
3. Minum air garam rehidrasi atau minuman isotonik bagi mengganti garam mineral yang hilang dari badan akibat muntah atau cirit-birit.


BATUK
CONTOH UBAT
  • Ubat darah tinggi (contoh: Perindopril)
TINDAKAN
1. Sekiranya batuk berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor.