Sunday 29 May 2016

GANGGUAN GAS DI USUS - PENYEMBUHAN SEMULAJADI MELALUI PEMAKANAN SUMBER ASLI


Terdapat beberapa jenis penyakit yang dikaitkan dengan gangguan gas di usus iaitu;
  • Dyspepsia
  • Indigestion 
  • Upset Stomach 
  • Heartburn
  • Pyrosis
  • Gastritis 
  • Gastroenteritis
  • Peptic Ulcers
Juga dikenali sebagai 'Gastrointestinal Ailments' yang disebabkan oleh:
  1. Makanan tidak hadam (indigestion) kerana sistem penghadaman gagal untuk menghadam dan menyerap dengan sempurna.
  2. Gastritis tidak berfungsi untuk mengatur pengeluaran jus gastrik dalam perut.
  3. Pyrosis atau heartburn - sistem penghadaman mengandungi asid gastrik yang berlebihan. Rasa panas biasanya lahir daripada jus Gastrik yang naik ke esophagus (saluran makanan).
  4. Penyakit Gastritis dan gastroenteritis adalah kebengkakan perut dan usus.
  5. Peptic Ulcer biasanya berlaku di perut atau duodenum iaitu lapisan lindungan 'mucus' telah pecah dan telah dimasuki oleh asid gastrik. Sekiranya tidak dirawat dengan segera ia boleh membawa maut.
Tanda-tanda Penyakit

Heartburn - rasa 'nyeri' dan sakit di dada serta tekanan di perut.

Gastritis dan gastroenteritis - disertai cirit-birit (diarrhea), pening lalat (nausea), memulas (belching), lidah diselaputi zat asam (coated tongue), hilang selera makan (lack of appetite), tubuh menjadi kurus jika penyakit menjadi kronik.

Peptic ulcer - menunjukkan tanda-tanda panas di jantung (heartburn), memulas (belching), muntah (vomitting) dan sembelit.

Perut Gastrik Ulser - menunjukkan simptom rasa sakit di perut sehingga ke belakang badan selepas 2 jam makan.

Duodenal Ulcers - menunjukkan simptom rasa sakit yang lebih lama selepas makan. Apabila perut terasa lapar (kosong) tanda-tanda penyakit ini akan bertambah teruk apabila seseorang itu mengambil makanan yang bergoreng, berminyak, alkohol dan kopi.

Faktor Penyebab Penyakit Ini

Disebabkan oleh diet dan tekanan perasaan (stress)
  • Diet - jangan terlebih meminum minuman kopi, alkohol, makanan yang sukar dihadam, pil aspirin dan merokok kerana boleh meyukarkan keseimbangan sistem penghadaman. Penjagaan kebersihan tangan semasa menyediakan makanan juga antara faktor yang mempengaruhi.
  • Tekanan Perasaan - boleh menggangu fungsi kelenjar pituitari sehingga menyebabkan ketidak seimbangan pengeluaran hormon dan meningkatkan zat asam di dalam badan. Keadaan ini mengganggu proses penyerapan vitamin dan zat galian.
Pemakanan Sumber Asli

Jus Kobis dan Karot (mengandungi enzim indoles)
    yogurt
  • kedua-duanya dicampur dan minum 1-2 pain sehari
Yogurt (dadih)
  • mengekalkan keseimbangan pH, meredakan pembengkakan ulcer.
Anggur 
  • Anggur hitam, boleh dimakan begitu sahaja atau pun dibuat jus 1-2 pain sehari selama 1-3 hari
Jus Timun
  • menghilangkan rasa gastrik (dalam masa 5 minit)
Kuih apam atau roti yang mengandungi yis.

Susu kambing mentah, ceri hitam (jus atau mentah) dan betik.

Pemakanan Yang Perlu Dielakkan

Wain (minum/perasa), makanan yang diperam dan diasapkan (daging salai), daging terlampau masak, lada sulah, cili padi, kari, kopi dan kunyit.

*semoga tip yang diberi ini dapat membantu mereka yang memerlukan

Sunday 22 May 2016

PENYAKIT KANSER BOLEH DICEGAH MELALUI PEMAKANAN SEMULAJADI DAN GAYA HIDUP YANG SIHAT

warna ribbon yang mewakili setiap kanser

Kanser adalah kegagalan manusia yang kurang makan sayur dan buah.

Tips mengatasi kanser: GBOMS!

bermaksud Banyakkan ...
  • G - Greens,
  • B - Berries,
  • O - Onion,
  • M - Mushrom,
  • S - Seeds.
  1. Kurangkan protein dalam hidangan.
  2. Banyakkan minum air putih.
  3. Elakkan protein dan gula kerana ia adalah baja unutk kanser.
  4. Pemakanan yang boleh berpotensi menyebabkan kanser adalah fast food seperti Mc Donald, daging, sup tulang, minuman berkarbonat, kurang makan buah dan sayur.
  5. Hargai kesihatan anda.👍 ubah tabiat makan kepada yang lebih sihat dan semulajadi.
  6. Banyakkan sayur hijau , jus buah dan buah-buahan.


Senarai sayur-sayuran yang dapat membantu mencegah kanser:

  1.  98.7% - ubi keledek kukus
  2.  94.4% - ubi keledek mentah
  3.  93.9% - asparagus
  4.  82.8% - kubis bunga
  5.  91.4% - kubis
  6.  90.8% - brokoli
  7.  83.7% - daun saderi
  8.  74.0% - kulit terung
  9.  55.5% - lada benggala
  10.  46.5% - lobak merah
  11.  37.6% - bunga lily kering
  12.  35.4% - kubis cina
  13.  34.7% - kailan
  14.  32.9% - sawi
  15.  29.8% - mizuna/sawi Jepun
  16.  23.8% - tomato
bunga lily kering


mizuna





Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

  1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan potensi kanser perut
  2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.
  3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.
  4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.
  5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.
  6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.
  7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.
  8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.
  9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.
  10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.
  11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.
  12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.
  13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.
  14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.
  15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.
  16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.
  17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.
  18. Makanan yang boleh membuatkan anda segar adalah ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.
  19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari boleh mengekalkan rupa muda.
  20. Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.
  21. Air lemon panas boleh membunuh sel kanser. Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Amalkan sebagai minuman harian.

lemon

*Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.
Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas. Air lemon panas boleh mencegah darah beku.



*sumber maklumat : Prof Muhaya.com, Tv Alhijrah, Mengatasi kanser

Friday 20 May 2016

TONSILITIS (PEMBENGKAKAN KERONGKONG)


Bahan buangan dan asid yang berlebihan membenarkan kuman memasuki badan melalui kerongkong menyebabkan bengkak terjadi.

Siapa yang boleh diserang Tonsilitis?

Secara umumnya semua peringkat umur berpotensi diserang tonsillitis. Tetapi kanak-kanak adalah yang paling kerap diserang. Simptom utama yang boleh dikesan adalah demam, jika demam yang dihidapi adalah teruk pesakit berpotensi menghidap demam kuning dan muntah.



Pemakanan Sumber Asli

Nenas (enzim Bromelain)
  • menghadamkan sel-sel penyakit serta mengecutkan bengkak tonsil. Diminum 2 gelas sehari.
Bawang Putih (Enzim Alicin)
  • Antibiotik semulajadi membunuh kuman dalam kerongkong.
Karot & Bayam 
  • di'blender' bersama dan diminum 1-2 pain sehari.


Lazada Malaysia

Makanan Yang Perlu Dielakkan 
Elak pengambilan susu pasteur, tepung kanji, telur masak, daging, teh dan kopi.


*makanan tambahan yang sesuai digalakkan.

Friday 13 May 2016

BATU KARANG (KIDNEY STONE)

Batu Karang disebabkan oleh pengerasan elemen-elemen seperti kolesterol yang berkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Penyakit ini dikaitkan dengan jangkitan atau pertukaran penghadaman. Batu karang boleh berbentuk seperti pasir-pasir halus sehinggalah ke saiz sebesar telur angsa. 

Tanda-tanda Batu Karang

Sakit ketika hendak buang air kecil, perut terasa seperti penuh, kesakitan lebih kerap selepas memakan makanan berlemak. Kesakitan teruk boleh melarat ke bahu hingga membawa pada muntah-muntah dan demam ringan. Ada juga segelintir kes, batu juga boleh wujud tanda sebarang tanda.

Siapa Boleh Menghidap Batu Karang?

Lingkungan pertengahan umur dan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Manakala wanita pula mengikut statistik adalah 4 kali ganda lebih tinggi berpotensi menghidapinya. Jika proses metabolisme dan penghadaman adalah lemah maka pemakanan seperti buah-buahan sitrus yang banyak akan membentuk batu oksalat dan menjadi batu karang. Kekurangan makanan tambahan seperti B6 dan magnesium juga menjadi punca kepada penyakit ini. 


Langkah-langkah Pencegahan Dan Mengubati Batu Karang
  • Makan makanan seimbang - lemak rendah dalam binatang (kandungan lemak yang tinggi boleh membentuk kolesterol)
  • Makan Buah Pear boleh membantu melegakan pundi-pundi kencing.
  • Makanan tambahan seperti lesitin boleh menambah kepekatan fosfolipid dalam pundi-pundi kencing (fospolipid adalah rendah dalam badan pesakit buah pinggang)
  • Guna sedikit minyak zaitun dalam salad atau kentang keran ini akan membantu mengepam batu-batu karang kecil. Kekalkan berat badan yang betul mengikut ketinggian (BMI).
  • Minum 4 cawan teh dandelion setiap hari kerana ia melarutkan batu karang.
  • Vitamin E
  • Elak memakan telur mengikut tahap kemapuan seseorang, ambil diat minyak sayuran, jus lemon (di bawah pengawasan pakar) kerana kaedah ini merbahaya jika batu karang terlalu besar.
Pemakanan Sumber Asli

Jus karot dan Bayam
  • membuang toksid pekat dalam aliran darah, 1-2 pain sehari
Jus Celery
  • Mengandungi sulfur organik, zat besi kalsium.
  • Boleh dicampur separuh dengan jus karot, 2 pain sehari.
Batang-batang sayur
  • masak sup sayur

Monday 9 May 2016

Masalah Buah Pinggang (Kidney Problem)

*Setakat ini, seramai 30,000 pesakit yang menjalani dialisis dan angka statistik ini semakin meningkat antara 5,000 hingga 6,000 pesakit setahun! 25 February 2014 -  Annie Freeda Cruez, 


Sejauh mana anda mengetahui tentang Masalah buah pinggang?



Asid Urik yang berlebihan di dalam buah pinggang akan meyebabkan kandungan asid yang amat banyak di dalam darah. Ini disebebkan oleh sistem penghadaman makanan yang tidak betul. Asid Urik akan membentuk 'batu' di dalam buah pinggang.



Kerosakan renal disebabkan saluran buah pinggang gagal menapis keluar segala hasil kotoran daripada saluran darah. Bila ini berlaku maka pembengkakan dan jangkitan akan terjadi pada pundi kencing. Segala kekotoran yang disalurkan ke buah pinggang akan tersekat kerana keupayaan berfungsi untuk membuang segala sisa-sisa kotoran keluar gagal. 

Tanda-tanda Penyakit Buah Pinggang

  • Sukar membuang air kecil atanu kencing kerap dari biasa.
  • Tisu-tisu badan membengkak seperti di bahagian muka kerana pengumpulan cecair pada tisu.
  • Sakit belakang, hilang selera makan, gatal-gatal pada badan, tidak sedarkan diri dan lemah-lemah badan.
Apa Yang Menyebabkan Sakit Buah Pinggang?

  • 'Pain killer' atau dikenali ubat penahan sakit adalah salah satu punca mengapa buah pinggang boleh rosak. 
  • Bahan pengawet makanan seperti asid borik dalam kek, mi dan makanan bertepung juga berpotensi tinggi merosakkan buah pinggang. 
  • Demam kuning atau jaundis juga termasuk. 
  • Kedudukan tulang-tulang yang tidak teratur dan 
  • Anemia.


Punca Rosaknya Pundi Kencing Yang Boleh Membawa Penyakit Buah Pinggang

'Batu' yang tumbuh pada buah pinggang, pembesaran sistem peranakan, buah pinggang terapung (Nephroptosisdan cedera tulang belakang.


Pemakanan Sumber Asli Yang Disarankan

anggur hitam
Asparagus
  • Ambil 2 batang Asparagus dikisar bersama 1/2 gelas air suam, diminum sehari 3 kali sehingga penyakitnya sembuh. Bagi penyakit buah pinggang yang kronik dan sedang menggunakan peralatang Hemodialisis tidak debenarkan mengambilnya. Khusus untuk penyakit yang bukan kronik sahaja seperti Urinary Tract Infection (UTI), Neprosis, Nephritis dan lain-lain.


Anggur Hitam
    Tembikai
  • Tekanan darah akan turun dan air kencing bebas dari albumin.
Tembikai
  • Dipotong seperti kiub serta makan sedikit terlebih dahulu dan kunyah dengan agak lama.
Timun
  • Mentah atau jus, boleh dicampur jus karot, 2 pain sehari, diminum 3 kali sehari (timun dibuang biji)
  • Lobak Putih
  • Minum air barli, Kacang Soya atau Kobis.

Lobak Putih
  • 1/2 lobak putih dikisar bersama 1/2 biji buah pear serta dicampur sedikit air suam, diminum 3 kali sehari.

Pemakanan Yang Perlu Dielakkan

Garam,coklat, makanan awet dan dalam tin, sos soya, kopi, teh, tomato, bayam, lada suah, alkohol, daging, dan ikan yang digoreng terlalu garing.








Sakit Tulang Belakang (Lumbago)

Apa Yang Menyebabkan Sakit Belakang?



Terlalu banyak penyebab sakit tulang belakang, kemungkinan kekurangan zat galian, kalsium, magnesium atau mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan dan badan terlalu gemuk sehingga menghimpit saraf tunjang. Apabila mengambil barang secara menunduk (sepatutnya bertinggung) kepala kita akan memberat lebih kurang 5 kg! 


Ini akan memberi tekanan tinggi kepada belakang semasa tunduk. Berkebun, mengangkat barang berat, kerja-kerja dapur dan otot-otot yang menegang akan memberi tekanan ke atas saraf.








Rawatan


Tabiat tidur yang baik, elak berat badan berlebihan dan tekanan. Mengambil analgecis (sejenis ubat penahan sakit) dapat mengurangkan sakit. Jangan tidur di atas tilam yang lembut tetapi sederhana keras.







Pemakanan Sumber Asli

Sayur Celery


  • 2 batang sayur celery dikisar bersama air suam atau dicampur dengan jus kiwi diminum sehari 3 kali.





Sea Cucumber
  • Direbus sehingga empuk boleh dibuat sup atau diminum airnya dan dagingnya boleh dimakan.





Minyak Ikan (Cod Liver Oil)
  • Boleh diperolehi di kedai-kedai farmasi





Friday 6 May 2016

ASMA (Lelah / Sesak Nafas) - Upper Respiratory ailments

Penyembuhan Semulajadi Melalui Pemakanan 
Sumber Asli

Menurut Doktor Naturopati, penyakit Asma bukanlah s\disebabkan alergik tetapi ketidakupayaan untuk mengosongkan udara kotor (karbon dioksida) dari paru-paru, pengumpulan lendiran di dalam paru-paru dan wujudnya halangan kepada laluan udara keluar.

Pencemaran udara, pewarna, perasa dan bahan awet juga penyebab asma terutama kepada orang yang sensitif. Mendapan kekotoran dan racun di dalam paru-paru mestilah dikeluarkan melalui cara pemakanan sumber asli dan pemakanan tambahan.
(ref: http://www.naturopathic.org/content.asp?contentid=495)

Pemakanan Sumber Asli

Minyak Ikan
  • 1 sudu teh setiap hari
Susu Kacang Soya
  • 1 gelas sehari
Lobak Merah / Karot
  • 1 gelas sehari, mengeluarkan selaput lendir.
Bawang Putih

  • Makan mentah lebih kurang 5 biji sehari (jangan sehari lebih dari 5 biji, kerana bole menyebabkan anemia). Mempunyai enzim dan antibiotik semulajadi yang membantu mengurangkan lendir di dalam paru-paru dan memulihkan pernafasan, membunuh bakteria dalam laluan udara, mencegah jangkitan pada pernafasan.
  • Kaedah lain, 3 biji bawang putih direbus dengan air suam dicampur madu, minum setiap malam.
Biji Labu
  • Direbus airnya diminum sehari 2 kali.
Biji Bunga Matahari
  • Direbus airnya diminum sehari 2 kali.
Sayur Asparagus

  • Dapatkan patinya 1 sudu pagi dan 1 sudu malam. 
  • Sayurnya boleh dimasak kukus.
  • Sayur ini tidak sesuai bagi penghidap penyakit Goiter (Beguk), hati dan buah pinggang yang kronik.
Minyak Emping Jagung
  • Digunakan untuk masakan

Makanan Yang Perlu Dielakkan

Susu pasteur, telus masak, tepung kanji, makanan pedas dan panas, semua hasil tenusu (susu, mentega dan sebagainya) - ke semua bahan yang mengandungi tenusu akan membuat paru-paru dipenuhi oleh pepejal susu seperti keju dan boleh menyebabkan udara kotor terperangkap.
(ref: http://kumpulan.info/sehat/artikel-kesehatan/131-mengenal-susu-dan-manfaat.html)







Pemakanan sihat : Keajaiban Pisang yang perlu anda tahu

Jika anda sudah membaca artikel tentang keajaiban pisang ini saya pasti anda akan menjadi pencinta pisang No.1!




Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

  • https://en.wikipedia.org/wiki/Heartburn


Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

ref: http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=7
      http://www.mind.org.uk/information-support/types-of-mental-health-problems/
      http://mamiqlinestayhealthy.blogspot.my/2016/05/anemia-kekurangan-sel-darah-         merah.html


Tuesday 3 May 2016

ANEMIA (Kekurangan Sel Darah Merah)





 Kekurangan serius sel darah merah terutama pada elemen pengangkut oksigen yang mengandungi hemoglobin. Ini disebabkan kekurangan zat besi, asid folik, vitamin B12, vitamin C bersama Bioflavonoid dan lain-lain diet yang diperlukan.

Tanda-tanda Anemia

Kulit pucat, hilang selera makan, tenaga berkurangan, cepat letih, nafas pendek, hilang tenaga seks, rasa sejuk, kulit lembab, telinga berbunyi (berdesing). Semua ini disebabkan amalan buruk pemakanan terutama pengambilan susu berpasteur, tepung kanji, gula pasir, kuih yang manis, dan kuat merokok.

Seseorang yang menghadapi penyakit anemia disebabkan kekurangan oksigen dan zat besi. Kebanyakkan kes ini disebabkan ketidakmampuan organ hati limpa untuk meresap dan berfungsi dengan baik. Menurut kajian makmal, 5 hingga 15 peratus sel darah merah dan putih akan meningkat jika berpuasa dan mengamalkan minuman air buah-buahan sahaja.

Seorang doktor Osteopati telah melaporkan tentang seorang wanita berumur 24 tahun menghidap sakit anemia, badannya lemah dan tidak bertenaga, tekanan darah rendah, jantungnya lemah serta kulit pucat. Telah berpuasa dan diberi minum jus oren setiap 2 jam dan segelas air suam setiap 4 jam. Setiap hari pesakit mestilah mandi dengan air suam selama seminggu, amat menggalakkan sel darahnya meningkat 75%. Apabila sel darah meningkat pesakit tersebut telah diberi diet tertentu;
    • Sarapan                - 2 biji telur separuh masak
                                             - 3 hingga 4 keping roti jagung dan madu
    •  Makan tengahari  - Epal, kacang gajus dan segelas air suam
    • Makan malam       - Daging lembu panggang dan daun salad
    • Pengambilan buah prunes, raisin, dan pie epal juga digalakkan.
* amalan diet ini adalah selama sebulan dan semoga penyakit tersebut akan sembuh.


Pemakanan Sumber Asli

wheat germ oil
Fennel















Molasses  (sirap pekat hasil dari madu)
                              
  • Amat kaya dengan zat besi dan kuprum yang membentuk darah. 2 camca di dalam 1 gelas air suam, 2 kali sehari.

Minyak emping jagung  (Wheat germ oil)    
          
  • Merangsang keupayaan darah mengangkut oksigen. 1 camca minyak emping jagung tulin selepas sarapan dan makan malam.

Lesitin      
                                
  • Guna "Florence Fennel' atau dikenali "Finocchio" untuk kelancaran darah, 1 pain sehari atau campur separuh dengan jus lobak merah, 2 pain sehari.

Sayur bayam   
                         
  • Kaya dengan zat besi, 6 auns jus dicampur 10 auns lobak merah,1-2 pain sehari. Ia mengandungi asid oxalat, maka pesakit gout dan sendi tidak digalakkan untuk mengambil diet ini.


Pemakanan Yang Perlu Dielakkan

Susu pasteur, kopi, teh, tepung kanji, makanan dalam tin, awetan/jeruk dan makanan manis.