Sunday, 29 May 2016

GANGGUAN GAS DI USUS - PENYEMBUHAN SEMULAJADI MELALUI PEMAKANAN SUMBER ASLI


Terdapat beberapa jenis penyakit yang dikaitkan dengan gangguan gas di usus iaitu;
  • Dyspepsia
  • Indigestion 
  • Upset Stomach 
  • Heartburn
  • Pyrosis
  • Gastritis 
  • Gastroenteritis
  • Peptic Ulcers
Juga dikenali sebagai 'Gastrointestinal Ailments' yang disebabkan oleh:
  1. Makanan tidak hadam (indigestion) kerana sistem penghadaman gagal untuk menghadam dan menyerap dengan sempurna.
  2. Gastritis tidak berfungsi untuk mengatur pengeluaran jus gastrik dalam perut.
  3. Pyrosis atau heartburn - sistem penghadaman mengandungi asid gastrik yang berlebihan. Rasa panas biasanya lahir daripada jus Gastrik yang naik ke esophagus (saluran makanan).
  4. Penyakit Gastritis dan gastroenteritis adalah kebengkakan perut dan usus.
  5. Peptic Ulcer biasanya berlaku di perut atau duodenum iaitu lapisan lindungan 'mucus' telah pecah dan telah dimasuki oleh asid gastrik. Sekiranya tidak dirawat dengan segera ia boleh membawa maut.
Tanda-tanda Penyakit

Heartburn - rasa 'nyeri' dan sakit di dada serta tekanan di perut.

Gastritis dan gastroenteritis - disertai cirit-birit (diarrhea), pening lalat (nausea), memulas (belching), lidah diselaputi zat asam (coated tongue), hilang selera makan (lack of appetite), tubuh menjadi kurus jika penyakit menjadi kronik.

Peptic ulcer - menunjukkan tanda-tanda panas di jantung (heartburn), memulas (belching), muntah (vomitting) dan sembelit.

Perut Gastrik Ulser - menunjukkan simptom rasa sakit di perut sehingga ke belakang badan selepas 2 jam makan.

Duodenal Ulcers - menunjukkan simptom rasa sakit yang lebih lama selepas makan. Apabila perut terasa lapar (kosong) tanda-tanda penyakit ini akan bertambah teruk apabila seseorang itu mengambil makanan yang bergoreng, berminyak, alkohol dan kopi.

Faktor Penyebab Penyakit Ini

Disebabkan oleh diet dan tekanan perasaan (stress)
  • Diet - jangan terlebih meminum minuman kopi, alkohol, makanan yang sukar dihadam, pil aspirin dan merokok kerana boleh meyukarkan keseimbangan sistem penghadaman. Penjagaan kebersihan tangan semasa menyediakan makanan juga antara faktor yang mempengaruhi.
  • Tekanan Perasaan - boleh menggangu fungsi kelenjar pituitari sehingga menyebabkan ketidak seimbangan pengeluaran hormon dan meningkatkan zat asam di dalam badan. Keadaan ini mengganggu proses penyerapan vitamin dan zat galian.
Pemakanan Sumber Asli

Jus Kobis dan Karot (mengandungi enzim indoles)
    yogurt
  • kedua-duanya dicampur dan minum 1-2 pain sehari
Yogurt (dadih)
  • mengekalkan keseimbangan pH, meredakan pembengkakan ulcer.
Anggur 
  • Anggur hitam, boleh dimakan begitu sahaja atau pun dibuat jus 1-2 pain sehari selama 1-3 hari
Jus Timun
  • menghilangkan rasa gastrik (dalam masa 5 minit)
Kuih apam atau roti yang mengandungi yis.

Susu kambing mentah, ceri hitam (jus atau mentah) dan betik.

Pemakanan Yang Perlu Dielakkan

Wain (minum/perasa), makanan yang diperam dan diasapkan (daging salai), daging terlampau masak, lada sulah, cili padi, kari, kopi dan kunyit.

*semoga tip yang diberi ini dapat membantu mereka yang memerlukan

No comments:

Post a Comment