Friday, 13 May 2016

BATU KARANG (KIDNEY STONE)

Batu Karang disebabkan oleh pengerasan elemen-elemen seperti kolesterol yang berkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Penyakit ini dikaitkan dengan jangkitan atau pertukaran penghadaman. Batu karang boleh berbentuk seperti pasir-pasir halus sehinggalah ke saiz sebesar telur angsa. 

Tanda-tanda Batu Karang

Sakit ketika hendak buang air kecil, perut terasa seperti penuh, kesakitan lebih kerap selepas memakan makanan berlemak. Kesakitan teruk boleh melarat ke bahu hingga membawa pada muntah-muntah dan demam ringan. Ada juga segelintir kes, batu juga boleh wujud tanda sebarang tanda.

Siapa Boleh Menghidap Batu Karang?

Lingkungan pertengahan umur dan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Manakala wanita pula mengikut statistik adalah 4 kali ganda lebih tinggi berpotensi menghidapinya. Jika proses metabolisme dan penghadaman adalah lemah maka pemakanan seperti buah-buahan sitrus yang banyak akan membentuk batu oksalat dan menjadi batu karang. Kekurangan makanan tambahan seperti B6 dan magnesium juga menjadi punca kepada penyakit ini. 


Langkah-langkah Pencegahan Dan Mengubati Batu Karang
  • Makan makanan seimbang - lemak rendah dalam binatang (kandungan lemak yang tinggi boleh membentuk kolesterol)
  • Makan Buah Pear boleh membantu melegakan pundi-pundi kencing.
  • Makanan tambahan seperti lesitin boleh menambah kepekatan fosfolipid dalam pundi-pundi kencing (fospolipid adalah rendah dalam badan pesakit buah pinggang)
  • Guna sedikit minyak zaitun dalam salad atau kentang keran ini akan membantu mengepam batu-batu karang kecil. Kekalkan berat badan yang betul mengikut ketinggian (BMI).
  • Minum 4 cawan teh dandelion setiap hari kerana ia melarutkan batu karang.
  • Vitamin E
  • Elak memakan telur mengikut tahap kemapuan seseorang, ambil diat minyak sayuran, jus lemon (di bawah pengawasan pakar) kerana kaedah ini merbahaya jika batu karang terlalu besar.
Pemakanan Sumber Asli

Jus karot dan Bayam
  • membuang toksid pekat dalam aliran darah, 1-2 pain sehari
Jus Celery
  • Mengandungi sulfur organik, zat besi kalsium.
  • Boleh dicampur separuh dengan jus karot, 2 pain sehari.
Batang-batang sayur
  • masak sup sayur

No comments:

Post a Comment