Friday, 6 May 2016

ASMA (Lelah / Sesak Nafas) - Upper Respiratory ailments

Penyembuhan Semulajadi Melalui Pemakanan 
Sumber Asli

Menurut Doktor Naturopati, penyakit Asma bukanlah s\disebabkan alergik tetapi ketidakupayaan untuk mengosongkan udara kotor (karbon dioksida) dari paru-paru, pengumpulan lendiran di dalam paru-paru dan wujudnya halangan kepada laluan udara keluar.

Pencemaran udara, pewarna, perasa dan bahan awet juga penyebab asma terutama kepada orang yang sensitif. Mendapan kekotoran dan racun di dalam paru-paru mestilah dikeluarkan melalui cara pemakanan sumber asli dan pemakanan tambahan.
(ref: http://www.naturopathic.org/content.asp?contentid=495)

Pemakanan Sumber Asli

Minyak Ikan
  • 1 sudu teh setiap hari
Susu Kacang Soya
  • 1 gelas sehari
Lobak Merah / Karot
  • 1 gelas sehari, mengeluarkan selaput lendir.
Bawang Putih

  • Makan mentah lebih kurang 5 biji sehari (jangan sehari lebih dari 5 biji, kerana bole menyebabkan anemia). Mempunyai enzim dan antibiotik semulajadi yang membantu mengurangkan lendir di dalam paru-paru dan memulihkan pernafasan, membunuh bakteria dalam laluan udara, mencegah jangkitan pada pernafasan.
  • Kaedah lain, 3 biji bawang putih direbus dengan air suam dicampur madu, minum setiap malam.
Biji Labu
  • Direbus airnya diminum sehari 2 kali.
Biji Bunga Matahari
  • Direbus airnya diminum sehari 2 kali.
Sayur Asparagus

  • Dapatkan patinya 1 sudu pagi dan 1 sudu malam. 
  • Sayurnya boleh dimasak kukus.
  • Sayur ini tidak sesuai bagi penghidap penyakit Goiter (Beguk), hati dan buah pinggang yang kronik.
Minyak Emping Jagung
  • Digunakan untuk masakan

Makanan Yang Perlu Dielakkan

Susu pasteur, telus masak, tepung kanji, makanan pedas dan panas, semua hasil tenusu (susu, mentega dan sebagainya) - ke semua bahan yang mengandungi tenusu akan membuat paru-paru dipenuhi oleh pepejal susu seperti keju dan boleh menyebabkan udara kotor terperangkap.
(ref: http://kumpulan.info/sehat/artikel-kesehatan/131-mengenal-susu-dan-manfaat.html)







No comments:

Post a Comment