
Kekurangan serius sel darah merah terutama pada elemen pengangkut oksigen yang mengandungi hemoglobin. Ini disebabkan kekurangan zat besi, asid folik, vitamin B12, vitamin C bersama Bioflavonoid dan lain-lain diet yang diperlukan.
Tanda-tanda Anemia
Kulit pucat, hilang selera makan, tenaga berkurangan, cepat letih, nafas pendek, hilang tenaga seks, rasa sejuk, kulit lembab, telinga berbunyi (berdesing). Semua ini disebabkan amalan buruk pemakanan terutama pengambilan susu berpasteur, tepung kanji, gula pasir, kuih yang manis, dan kuat merokok.
Seseorang yang menghadapi penyakit anemia disebabkan kekurangan oksigen dan zat besi. Kebanyakkan kes ini disebabkan ketidakmampuan organ hati limpa untuk meresap dan berfungsi dengan baik. Menurut kajian makmal, 5 hingga 15 peratus sel darah merah dan putih akan meningkat jika berpuasa dan mengamalkan minuman air buah-buahan sahaja.
Seorang doktor Osteopati telah melaporkan tentang seorang wanita berumur 24 tahun menghidap sakit anemia, badannya lemah dan tidak bertenaga, tekanan darah rendah, jantungnya lemah serta kulit pucat. Telah berpuasa dan diberi minum jus oren setiap 2 jam dan segelas air suam setiap 4 jam. Setiap hari pesakit mestilah mandi dengan air suam selama seminggu, amat menggalakkan sel darahnya meningkat 75%. Apabila sel darah meningkat pesakit tersebut telah diberi diet tertentu;
- Sarapan - 2 biji telur separuh masak
- 3 hingga 4 keping roti jagung dan madu
- Makan tengahari - Epal, kacang gajus dan segelas air suam
- Makan malam - Daging lembu panggang dan daun salad
- Pengambilan buah prunes, raisin, dan pie epal juga digalakkan.
* amalan diet ini adalah selama sebulan dan semoga penyakit tersebut akan sembuh.
Pemakanan Sumber Asli
![]() |
Fennel |
Molasses (sirap pekat hasil dari madu)
- Amat kaya dengan zat besi dan kuprum yang membentuk darah. 2 camca di dalam 1 gelas air suam, 2 kali sehari.
Minyak emping jagung (Wheat germ oil)
- Merangsang keupayaan darah mengangkut oksigen. 1 camca minyak emping jagung tulin selepas sarapan dan makan malam.
Lesitin
- Guna "Florence Fennel' atau dikenali "Finocchio" untuk kelancaran darah, 1 pain sehari atau campur separuh dengan jus lobak merah, 2 pain sehari.
Sayur bayam
- Kaya dengan zat besi, 6 auns jus dicampur 10 auns lobak merah,1-2 pain sehari. Ia mengandungi asid oxalat, maka pesakit gout dan sendi tidak digalakkan untuk mengambil diet ini.
Pemakanan Yang Perlu Dielakkan
Susu pasteur, kopi, teh, tepung kanji, makanan dalam tin, awetan/jeruk dan makanan manis.
No comments:
Post a Comment