Wednesday 22 June 2016

UBAT DAN PEMANDUAN - Adakah Selamat?

Baru-baru ini saya ada menghadiri satu taklimat "Kenali Ubat Anda" yang disampaikan oleh Pegawai Farmasi yang sedang bertugas pada masa itu bertempat di sebuah Hospital Daerah yang tidak jauh dari kawasan kediaman saya. Satu topik yang menarik minat saya adalah 'Ubat dan Pemanduan'. Saya percaya tidak ramai antara kita sebagai orang awam @ manusia biasa yang mengetahui sepenuhnya tentang ubat-ubatan ini.

Disini saya akan terangkan secara ringkas mengenai topik di atas:

Selamatkah Pemanduan Saya?
  • sebahagian ubat-ubatan boleh memberi pelbagai kesan yang tidak diingini kepada kita sehingga menjejaskan pemanduan dan mengakibatkan kemalangan.
  • antara kesan tersebut adalah
  1. mengantuk
  2. pening
  3. kabur penglihatan
  4. kepenatan
  5. kekeliruan
  6. tekanan darah yang meningkat dan sebagainya


Contoh Ubat-ubatan Yang Boleh Menjejaskan Pemanduan


Kumpulan Ubat
Kegunaan
Antikemurungan
Kemurungan
Antihistamin
Selesema, batuk & alahan
Ubat tidur
Resah & gangguan tidur
Antihipertensi
Mengawal tekanan darah
Ubat Kolesterol
Mengurangkan paras kolesterol yang tinggi
Antikeradangan bukan steroid (NSAID)
Tahan sakit & keradangan
Antiepilepsi
Mengawal sawan atau epilepsi


Pastikan Anda....
  •  Memandu dalam keadaan sihat.
  • Mengetahui kesan sampingan ubat yang diambil.
  • Rujuk ahli farmasi / doktor bagi mendapatkan ubat alternatif atau pengubahsuaian dos dan masa mengambil ubat. Jangan pandai-pandai ubah sendiri ok.....
  • Berhenti memandu dan rehatlah secukupnya jika kesan sampingan menjejaskan pemanduan. Kadang-kadang tu ada juga tunjuk hero tak mau berhenti sekejap, bahaya tu....
  • Sentiasa memakai alatan keselamatan bersesuaian semasa memandu. Pastikan tali pinggang keledar atau topi keledar dipakai semasa memandu atau menunggang motosikal. Selalunya pengguna jalanraya anggap ini melecehkan, tapi percayalah alatan keselamatan ini telah melindungi saya daripada bahaya beberapa kali.

Image result for traffic light image

ELAKKAN MEMANDU DAN REHATLAH SECUKUPNYA JIKA KESAN SAMPINGAN MENJEJASKAN PEMANDUAN !



 *sumber - Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, www.pharmacy.gov.my, www.knowyourmedicine.gov.my





No comments:

Post a Comment