Friday 24 June 2016

KESAN SAMPINGAN UBAT -Mungkin Ia Adalah Advers

Seringkali kita mendengar kesan sampingan yang akan dialami selepas mengambil ubat. Tetapi sejauh mana pengetahuan kita tentang kesan pengambilan ubat ini atau dipanggil sebagai ADVERS dalam bahasa perubatan. Saya sangat senang untuk mengongsikan serba sedikit tentang apa itu ADVERS?


Terlebih dahulu nak tanya dulu adakah Selepas Mengambil Ubat Adakah Anda Mengalami...
    Image result for drugs
  • Sesak Nafas
  • Demam
  • Ruam
  • Kegatalan
  • Bengkak Kaki
  • Batuk
  • Sakit Tubuh Badan
  • Sakit Kepala
  • Pening Kepala
  • Pening atau...
  • Lain-lain kesan yang tidak diingini?
Jika ada mungkin disebabkan KESAN ADVERS UBAT!


Apa Itu KESAN ADVERS UBAT?

Kebiasaanya kebanyakan pesakit tidak mengalami masalah dari pengambilan ubat-ubatan. Kesan advers ubat adalah kesan yang tidak diingini dan memudaratkan akibat penggunaan sesuatu ubat, produk kesihatan atau ubat tradisional.

Tindak balas seseorang terhadap ubat adalah berbeza dan bergantung kepada umur, jantina, keadaan kesihatan, faktor genetik dan lain-lain.


Apa Yang PERLU DILAKUKAN?
  •  Rujuk kepada ahli farmasi atau doktor anda yang bertauliah dengan segera.
  • Bawa bersama-sama semua ubat yang diambil untuk pengesahan.
  • Ahli farmasi atau doktor anda akan melaporkan kesan advers itu kepada pihak berkuasa.

Anda juga boleh MELAPORKAN KESAN ADVERS SENDIRI

Hubungi: 
Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaaan, 
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, 
Peti Surat 319, Pejabat Pos Jalan Sultan, 
46790 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-78835400/78835550
Faks: 03-79567151

atau

Isi borang yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, www.bpfk.gov.my dan pos atau fakskan kepada alamat di atas

atau

E-mel kepada kepada fv@bpfk.gov.my
 
 


No comments:

Post a Comment