Sunday 19 June 2016

SAKIT JANTUNG (Heart Attack, Cardiacarrest, Coronary Occlusion, Coronary Thrombosis, Myocardial Infarction) - Penyembuhan Semulajadi Melalui Pemakanan

Apa yang anda faham tentang sakit jantung?

Selain daripada sakit jantung secara semulajadi banyak faktor perolehan yang mempengaruhi. Salah satunya disebabkan toksid atau racun yang menyekat pembuluh darah. Ia akan menghalang otot-otot jantung dan memaksa injap oksigen mengenakan tekanan yang serius terhadap jantung. Maka jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat berbanding dengan keadaan normal untuk menolak sekatan pada aliran darah tadi.

Sakit jantung sentiasa berkait rapat dengan penyakit darah tinggi, penyakit siflis dan TB, Thyfoid pula boleh menyebabkan luka pada jantung.

Sakit jantung juga disebabkan oleh kelemahan kenlenjat tiroid dengan sakit paru-paru yang kerana memberi tekanan yang lebih pada jantung, anemia dan penyakit beri-beri.

Apakah Serangan Sakit Jantung (Heart Attack)

Serangan jantung terjadi apabila otot-otot jantung tidak dapat menerima darah yang mengandungi oksigen untuk membalut sel hidup. Apabila pembuluh darah tersekat untuk membekalkan darah dan oksigen pada jantung, ia boleh menyebabkan darah mengalir dengan perlahan serta menghalang pengumpulan pembuluh darah (blood vein) untuk sampai ke jantung. Jika pembuluh darah tertutup sepenuhnya serangan amatlah serius.

Sebelum serangan sakit jantung, tanda-tanda awal penyakit ini dinamakan 'Angina Pectoris' (rasa sakit kurang dari 15 minit). Sekiranya sakit di bahagian 'jantung' melebihi 15 minit maka penyakit ini amat serius dan pemeriksaan doktor yang bertauliah diperlukan.

Siapa Yang Berpotensi Diserang Sakit Jantung?
  1. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.
  2. Penghidap kencing manis atau diabetik.
  3. Mereka yang merokok 15 atau lebih batang rokok sehari.
  4. Tahap kolesterol yang tinggi dalam badan.
  5. Mengalami tekanan perasaan yang tinggi.
Pemakanan Sumber Asli

Karot, Jus Bayam (mengandungi potasium yang memberi PH darah yang betul)
  • Membuang kotoran dari pembuluh darah, membina selaput darah yang kuat

Jus karot, jus timun
  • bertujuan melarut asid kristal dalam buah pinggang
  • maka ia membersihkan darah 10 auns, 3 oz
  • diminum sebanyak 1 pain sehari.

Anggur hitam diambil selama 5-7 hari
  • sebagai tonik pada otot-otot injap jantung
  • membersihkan darah

Molasses (sirap pekat dari madu)
  • kaya dengan zink organik + kuprum dan potasium
  • bina selaput darah yang kuat
  • 2 camca di dalam segelas air suam, 2 kali sehari

Minyak emping jagung
  • merangsang bekalan oksigen ke jantung
  • elok dimakan dengan bawang putih, 1 sudu w.germ oil + 2-3 potong bawang putih, 2 kali sehari selepas makan.

Minyak Ikan
  • 1 kapsul, 3 kali sehari

Evening primrose oil
  • 1 kapsul, 3 kali sehari

Cadangan makanan lain
  • vitamin E
  • makanan berfiber tinggi
  • kobis, bayam mentah, pisang masak, kacang soya, biji bunga matahari


Nasihat

Jangan merokok, jangan stres, betulkan berat badan BMI.

Bersenam 28 minit, 3 kali seminggu, akan meningkatkan kadar degupan jantung maksima mengikut umur. 

Formula Kadar Degupan jantung.
Kadar degupan jantung maksima untuk umur = 220. Untuk umur 40 tahun, 220-40 = 180, 80% daripada 144 degup seminit.


Pemakanan Yang Perlu Dielakkan

Kanji saringan
  • tepung, terutama roti putih, pastri manis, gula, telur masak, susu pasteur, daging berlemak yang dimasak lama dan garam. (banyaknya nak pantang ni....)
Juga disarankan mengambil pemakanan tambahan yang disyorkan.



No comments:

Post a Comment